Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.te.ra] | جوروترا

Definisi : orang yg terlatih dlm mereka, mem­buat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang ke­juruteraan; ~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam spt jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dll; ~ elektrik orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan men­jaga peralatan elektrik, peralatan peman­caran tenaga elek­trik, dan sistem per­hubungan; ~ jentera orang yg terlatih dlm mereka, mem­bina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dsb; ~ kapal terbang orang yg terlatih dlm mereka, mem­bina, dan menjaga kapal terbang; ~ kimia orang yg terlatih dlm mereka, membuat (mem­­bina), dan menjalan­kan loji atau jentera yg digunakan dlm proses kimia industri; menjuruterai merancang, mengatur, dan me­laksanakan sesuatu (tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~ penerbitannya; kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal ter­bang; ~ kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.te.ra] | جوروترا

Definisi : orang yg terlatih dlm hal mereka, membuat dan menggunakan jentera atau mesin. kejuruteraan hal-hal yg berkaitan dgn jentera atau mesin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurutera


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
information engineerpraktisi maklumatjurutera maklumatjurutera maklumatTeknologi Maklumat
construction engineerinsyinur konstruksijurutera binaanjurutera binaanKejuruteraan
civil engineerinsinyur sipiljurutera awamjurutera awamKejuruteraan
software engineerpraktisi perangkat lunakjurutera perisianjurutera perisianTeknologi Maklumat
engineerinsinyurTiadajuruteraKejuruteraan
food engineerinsinyur makananTiadajurutera makananPertanian
planning engineerinsinyur perencana-kebutuhanTiadajurutera perancangKejuruteraan

Kembali ke atas