Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.te.ra] | جوروترا

Definisi : orang yg terlatih dlm mereka, mem­buat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang ke­juruteraan; ~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam spt jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dll; ~ elektrik orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan men­jaga peralatan elektrik, peralatan peman­caran tenaga elek­trik, dan sistem per­hubungan; ~ jentera orang yg terlatih dlm mereka, mem­bina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dsb; ~ kapal terbang orang yg terlatih dlm mereka, mem­bina, dan menjaga kapal terbang; ~ kimia orang yg terlatih dlm mereka, membuat (mem­­bina), dan menjalan­kan loji atau jentera yg digunakan dlm proses kimia industri; menjuruterai merancang, mengatur, dan me­laksanakan sesuatu (tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~ penerbitannya; kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal ter­bang; ~ kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.te.ra] | جوروترا

Definisi : orang yg terlatih dlm hal mereka, membuat dan menggunakan jentera atau mesin. kejuruteraan hal-hal yg berkaitan dgn jentera atau mesin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurutera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
locationtempatKejuruteraanPetroleumKedudukan di mana telaga akan atau telah digerudi. Kedudukan telaga ini biasanya ditentukan berdasarkan pengiraan yang dilakukan oleh jurutera-jurutera petroleum dengan batuan ahli geologi dan juruukur tanah.
marine engineerjurutera marin/jurutera lautKejuruteraanTiadaTiada
consulting engineerjurutera perundingKejuruteraanTiadaJurutera profesional yang diupah oleh arkitek atau pelanggan atau jurutera lain, untuk mereka bentuk sesuatu sistem dan menyelia pelaksanaannya.
drilling engineerjurutera penggerudianKejuruteraanPetroleumJurutera yang pakar dalam aspek-aspek teknik penggerudian. Di antara tuga-tuga jurutera penggerudian termasuklah merencanakan telaga yang akan digerudi dan mengendalikan operasi penggerudian telaga.
professional engineerjurutera profesionalKejuruteraanTiadaJurutera yang layak untuk mengamalkan ilmu kejuruteraan sebagai profesion seperti yang dikehendaki oleh Akta Parlimen.
planning engineerjurutera perancanganKejuruteraanTiadaJurutera awam yang merancangkan, bagi kontraktor, keperluannya dari segi kren, pembancuh, dan loji-loji dan bahan-bahan lain yang diperlukan dalam sesuatu kontrak.
drilling engineerjurutera gerudiKejuruteraanTiadaJurutera yang mempunyai kemahiran dalam bidang penggerudian.
design engineerjurutera reka bentukKejuruteraanTiadaJurutera yang ditugaskan mereka bentuk hasil tertentu untuk kegunaan tertentu.
engineerjuruteraFizikTiadaTiada
engineerjuruteraKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas