Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.ter.bang] | جوروتربڠ

Definisi : juruterbang yg membantu ketua juru­terbang, dan kadang-kadang memandu kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.ter.bang] | جوروتربڠ

Definisi : pemandu kapal terbang; ~ ber­sama juruterbang yg membantu ketua juru­terbang, dan kadang-kadang memandu kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.ter.bang] | جوروتربڠ

Definisi : pemandu kapal terbang. ~ bersama juruterbang yg membantu ketua juruterbang dan kadang-kadang memandu kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juruterbang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Kumpulan perkataan ' tempurung, gelanggang, maharaja, jurutera, juruterbang' ini tergolong daripada gabungan morfem bebas atau morfem terikat?"Perkataan tempurung, gelanggang, jurutera, juruterbang ialah morfem bebas, iaitu morfem yang dapat wujud bersendirian.Tatabahasa18.10.2013
Apakah soalan yang sesuai untuk jawapan Ibu amat terharu apabila mendapat tahu bahawa abang bergelar juruterbang.Soalan yang sesuai bagi jawapan tersebut ialah "Mengapakah ibu berasa amat terharu?" Jawapan yang lebih tepat ialah "Ibu amat terharu kerana mendapat tahu  bahawa abang akan bergelar juruterbang.Tatabahasa25.06.2013
Tuan, adakah ayat songsang di bawah ini gramatis? 1. Baju Melayu dijahit oleh ibu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri. • dijahit oleh ibu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri baju Melayu • dijahit oleh ibu baju Melayu kepada kakak sempena Hari Raya Aidilfitri • sempena Hari Raya Aidilfitri baju Melayu dijahit oleh ibu kepada kakak • sempena Hari Raya Aidilfitri ibu menjahit baju Melayu kepada kakak 2. Pertandingan bola sepak diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai. • diteruskan walaupun hujan turun renyai-renyai pertandingan bola sepak • diteruskan pertandingan bola sepak walaupun hujan turun renyai-renyai • walaupun hujan turun renyai-renyai pertandingan bola sepak diteruskan • walaupun hujan turun renyai-renyai diteruskan pertandingan bola sepak 3. Bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah . • sering tiada di rumah bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang • yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah Bapa Fazley • yang bekerja sebagai juruterbang bapa Fazley sering tiada di rumah • sering tiada di rumah yang bekerja sebagai juruterbang bapa FazleyAyat yang betul dan ayat songsang.

1. Baju kurung dijahit oleh ibu untuk kakak sempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
• Dijahit oleh ibu untuk kakak baju kurung sempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

2. Pertandingan bola sepak diteruskan walaupun hujan renyai.
• Walaupun hujan renyai pertandingan bola sepak diteruskan.  

3. Bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang sering tiada di rumah.
• Sering tiada di rumah bapa Fazley yang bekerja sebagai juruterbang
Tatabahasa17.06.2020
1."Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu tertpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat terpanah petir. Adakah ayat-ayat di atas gramatis. Kalau ayat itu salah sila tunjukkan kesalahannya. terima kasih.Ayat yang betul ialah 1."Sila buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim atau "Buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu terpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat dipanah petir.Lain-lain13.08.2010
Kumpulan perkataan manakah yang terbina daripada gabungan morfem bebas dan morfem terikat? A tempurung, kayu, kampung B cantik, gelanggang, maharaja C jurutera, berdampingan, contohi D juruterbang, kelupas, dijaringkan Pohon beri alasan untuk setiap pilihan jawapan. Terima kasih.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Berdasarkan takrifan tersebut, A dan B merupakan morfem bebas manakala C dan D gabungan morfem bebas dan morfem terikat.
Tatabahasa17.10.2013
Bolehkah pihak dbp membuat senarai pekerjaan yang bermula dengan juru? Terima kasih.Senarai pekerjaan yang bermula dengan juru adalah seperti yang berikut:

JURUTERA, JURUSELAM, JURUHIAS, JURURAWAT, JURUKAMERA, JURULATIH, JURUUKUR, JURUKIMPAL, JURUWANG,  JURUTAFSIR, JURUULAS,  JURUUKUR, JURUTEKNIK, JURUFOTO, JURUNILAI, JURUHEBAH, JURUTERBANG dan lain-lain yang bersesuai.
Lain-lain14.04.2019
I am writing from AirAsia Academy and would like to know the correct terminology for the different positions that pilots hold in an airline. What is the correct Bahasa Malaysia term for the following: 1. Commander of the Aircraft 2. Captain 3. Co-pilot 4. First Officer (also pilot in the cockpit who works with Captain/commander of the aircraft) Would appreciate a response soonest. Thank you. Regards Brenda Marshall

Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Pesawat Udara

2. Kapten

3. Pembantu Juruterbang

4. Pegawai pertama (jika membawa maksud "pilot", padanannya "juruterbang)

Istilah09.08.2009
Tuan / Puan, Saya ingin mencari istilah Bahasa Melayu yang digunakan bagi perkataan-perkataan dibawah: 1. Rich Internet Applications (RIA) 2. Civil Engineer 3. Architect 4. Soil Analyst 5. Mechanical Engineer 6. Electrical Engineer 7. Pilot 8. Aeronautical Engineer 9. Television Technician 10. Lighting Equipment Operation 11. Glass Product Decorator Khidmat daripada pihak Tuan / Puan amat saya hargai. Terima Kasih. Salam hormat, Nur Shalihah binti Muhdi Kolej Olympia Johor Bahru

1. Rich Internet Applications (RIA) - Aplikasi Internet Beraneka (cadangan)

2. Civil Engineer - Jurutera Awam

3. Architect - Arkitek

4. Soil Analyst - Juruanalisis Tanah 

5. Mechanical Engineer - Jurutera Mekanikal

6. Electrical Engineer - Jurutera Elektrikal

7. Pilot - Juruterbang

8. Aeronautical Engineer - Jurutera Penerbangan

9. Television Technician - Juruteknik Television

10. Lighting Equipment Operation - Operasi peralatan lampu (cadangan)

11. Glass Product Decorator - Juruhias produk kaca (cadangan)

Istilah30.11.2011

Kembali ke atas