Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jus epal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah.
2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul.
3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran.
4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang.
5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad. 
6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal?
Tatabahasa09.10.2016
Assalamualaikum wb.t, Saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan terjemahan bagi perkataan Cider. Sekarang perkataan dalam Bahasa Inggeris adalah Clear Cider carbonated drink.Menurut istilah bahasa Melayu, maksud cider daripada bidang makanan dan pemakanan bermaksud sider iaitu jus perahan epal yang dijadikan minuman atau digunakan dalam pembuatan cuka. Di Britain, sider selalunya mengandungi alkohol manakala di Amerika Syarikat, sider selalunya tidak mengandungi alkohol. Sider keras ialah sider yang mengandungi alkohol.Makna30.12.2019

Kembali ke atas