Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jus.te.ru] | جوسترو

Definisi : 1. kebetulan, tepat, kena benar: ke­napa ~ sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ~ saya puji dia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jus.te.ru] | جوسترو

Definisi : 1 kebetulan; tepat. 2 malahan; bahkan: Saya tidak pernah mengkhianati dia, ~ saya menolong dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
justeru (kata tugas)
1. Bersinonim dengan senyampang: oleh itu, terlanjurkan, kebetulan, tepat, kena benar,

2. Bersinonim dengan malahan: bahkan, lebih-lebih lagi.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1- Penggunaan perkataan DENGAN & DAN… *Bolehkah perkataan DENGAN & DAN digunakan pada permulaan ayat? 2- Penggunaan justeru *Justeru atau justeru itu…. Yang manakah lebih tepat penggunaannya? 3- Oleh yang demikian • Oleh yang demikian atau oleh hal yang demikian, yang sesuai digunakan? 4- Bersama dan bersama-sama • Saya bersama Ali pada ketika ini. • Saya bersama-sama dengan Ali pada ketika ini *Adakah ayat yang digunakan tersebut betul, dan apakah perbezaan antara kedua-duanya?

1. Dengan boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ..., manakala dan berfungsi untuk menghubungkan dua klausa atau lebih, oleh itu dan tidak digunakan di permulaan ayat.

2. Penggunaan yang lebih tepat ialah justeru.

3. Penggunaan yang paling sesuai ialah oleh yang demikian.

4. Yang paling tepat ialah bersama dengan atau bersama-sama.

Tatabahasa17.04.2009
Selamat pagi, bolehkah saya tanya tentang perbezaan justeru dan justeru itu? Adakah perkataan justeru boleh digunakan pada permulaan ayat atau hanya di tengah-tengah ayat?Makna justeru ialah malahan, bahkan, kebetulan. Oleh itu memadai dengan justeru, bukan justeru itu. Justeru boleh digunakan dipermulaan ayat atau di tengah-tengah ayat mengikut konteks ayat.Tatabahasa23.07.2019
Adakah perkataan "justeru" bermaksud "oleh itu"? Jika melihat dalam Kamus Dewan Edisi 4, tiada maksud "oleh itu" untuk perkataan justeru."Justeru" membawa dua makna. 1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia".

Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" tidak boleh digunakan. Contohnya dalam ayat: "Saya tidak bersetuju dengan pandangannya. Justeru, saya tidak menyokong cadangannya." Ini tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas.
Tatabahasa21.11.2013
BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN JUSTERU?"Justeru" membawa dua makna. 1. Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini egkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" tidak boleh digunakan. Contohnya dlm ayat: "Saya tidak bersetuju dengan pandangannya. Justeru, saya tidak menyokong cadangannya." Ini tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas.Lain-lain28.05.2010
Salam sejahtera, saya ingin tahu tentang kelas kata bagi perkataan "justeru". Adakah justeru tergolong sebagai penanda wacana ? Sekiranya dapat, sila berikan beberapa contoh ayat yang melibatkan perkataan justeru yang tiada dalam kamus dewan atau kamus pelajar.Ribuan terima kasih kepada tuan/puan.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.
Contoh justeru (penanda wacana):
a. Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.

justeru (kebetulan, tepat)
a. Justeru lalu di hadapan kedai buku, Jamilah terus singgah mendapatkan buku yang dihajatinya.
Tatabahasa16.02.2013
Mohon jelaskan frasa "justeru" dan "justeru itu". Saya sering keliru penggunaannya dalam surat rasmi. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu. Oleh itu kata justeru telah memadai dan diikuti dengan tanda koma. Berdasarkan makna tersebut memadai dengan justeru, bukan justeru itu.Tatabahasa15.01.2013
Saya ingin mengetahui penggunaan kata "justeru". Adakah justeru sama maksud dengan "oleh itu" atau tambahan lagi? Bolehkan perkataan justeru digunakan di awal ayat? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.  Boleh digunakan pada permulaan ayat.Tatabahasa09.05.2010
Saya ingin tahu penggunaan "justeru"... Dalam awal penulisan, contoh : 1. Justeru itu, Pegawai hendaklah menyiapkan laporan dalam tempoh... 2. Justeru, Pegawai hendaklah ..... Soalan : apa perbezaan "justeru itu" dan "justeru" Terima kasih
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu. Oleh itu kata justeru telah memadai dan diikuti dengan tanda koma. Berdasarkan makna tersebut memadai dengan justeru, bukan justeru itu.
Tatabahasa16.08.2013
Perkataan 'justeru' bukan penanda wacana. Jika 'justeru' bukan penanda wacana, mungkinkah 'justeru' berperanan sebagai kata hubung ? Adakah ayat di bawah boleh diterima? 1. Justeru, para pelajar diwajibkan hadir pada petang ini. 2. Hujan yang turun tanpa henti-henti, justeru menyebabkan banjir kilat berlaku.

Justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; "Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur dan saksama." Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 atau merujuk terus penulis buku tersebut seperti Datuk Dr. Nik Safiah Karim. 

Penggunaan justeru dalam kedua-dua contoh ayat yang diberi adalah kurang tepat.

Tatabahasa10.04.2010
Selamat malam, 1. Adakah semua ayat berikut merupakan ayat pasif ? a) Mereka kehausan. b) Bajunya belum berbasuh lagi. c) Dia ketandusan kasih sayang. d) Dia bekerja di kilang kasut. 2. Adakah penanda wacana "justeru / justeru itu" masih relevan untuk digunakan pada permulaan ayat ?Ayat (a), (b) dan (c) ialah ayat pasif manakala ayat (d) ialah ayat aktif. Penanda wacana yang betul ialah "justeru".Tatabahasa21.01.2010
12345678910...

Kembali ke atas