liberation of moon | liberasi bulan | Matematik | Tiada | Bulan berputar sambil mengelilingi bumi justeru satu bahagian mukanya sentiasa menghadapi kita sepanjang masa. Oleh sebab bulan kelihatan berayun dan berliberasi maka kita dapat melihat 59% permukaan bulan sesuatu bulan itu, manakala 41% lagi itu terlindung daripada pandangan kita untuk selama-lamanya. |
forfeiture | lucut hak | insurans | Tiada | Kehilangan hak disebabkan penglibatan dalam jenayah atau pelanggaran perjanjian. Justeru itu hak di bawah polisi insurans hayat boleh dilucutkan jika insured gagal membayar premium. |
forfeiture | rampasan; perampasan; pelucuthakan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pelucuthakan: Kehilangan hak disebabkan penglibatan dalam jenayah atau pelanggaran perjanjian. Justeru itu hak di bawah polisi insurans hayat boleh dilucutkan jika insured gagal membayar premium. |
memoir | memoir | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk tulisan autobiografi yang menceritakan peristiwa umum yang disaksikan pengarang, berbanding dengan kehidupannya sendiri. Justeru, tidak seperti kebanyakan autobiografi, memoir memfokus pada peristiwa luaran berbanding dengan perasaan dalaman pengarang. Memoir biasanya merakamkan periode dalam kehidupan pengarang yang selari dengan peristiwa sejarah yang penting. Contohnya, karya Lilian Hellman berjudul Pentimento dan Memoir Arena Wati: Enda Gulingku oleh SN Arena Wati. Lihat juga autobiografi. |
urtext | urteks | Kesusasteraan | Tiada | Versi induk yang dijadikan asas untuk versi teks yang lain. Versi induk biasanya sudah tidak diperoleh, justeru perlu dibina semula melalui kritikan tekstual dengan menggunakan kaedah kajian filologi. Naskhah Hik?y?t Mel?yu yang dibawa dari Goa dianggap sebagai versi protaip Sej?r?h Mel?yu. Urteks berasal daripada bahasa Jerman urtext yang bermaksud �versi asal sesebuah teks�. Urteks dikenali juga sebagai urform, arketaip, prototaip. Lihat juga kritikan teks. |
literal image | citra harfiah | Kesusasteraan | Puisi | Penggambaran atau pelukisan sesuatu sama ada objek ataupun tokoh secara langsung tanpa menggunakan lambang. Justeru segala diksi, frasa dan kalimat yang dibentuk oleh pengarang adalah merujuk kepada kenyataannya, bukan makna di sebaliknya. Contohnya, Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. |
constructive total loss | kerugian menyeluruh konstruktif | insurans | Tiada | Kerosakan separa yang melibatkan pembaikan ke atas harta yang melebihi 50% daripada nilai harta tersebut. Justeru itu dianggap tidak wajar untuk dibaiki. |
constructive total loss | kerugian menyeluruh konstruktif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kerosakan separa yang melibatkan pembaikan ke atas harta yang melebihi 50% daripada nilai harta tersebut. Justeru itu adalah dianggap tidak wajar untuk dibaiki. |
filed | medan | Matematik | Tiada | Kawasan agensi fizikal yang di dalamnya menggunakan pengaruhnya, dan diukur berdasarkan daya yang dialami oleh objek di dalam kawasan tersebut. Justeru, jasad yang padat akan mempunyai medan graviti yang berkaitan yang di dalamnya objek itu merasai daya tarikan. Ada banyak jenis medan, antaranya ialah medan graviti, magnet, elektrik, dan medan nukleus, dan setiap medan ini mempunyai ciri yang tersendiri dan menggunakan pengaruh masing-masing pada lingkungan yang tertentu. |
myriad | limpahan | Kesusasteraan | Tiada | Kepelbagaian makna dalam karya sastera. Sesuatu hasil karya sastea biasanya bersifat simbolik, bermetafora, dan mengandungi makna yang tersurat dan tersirat. Justeru, karya sastera ini boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut pandangan dengan konteks makna yang pelbagai. |