Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
justeru (kata tugas)
1. Bersinonim dengan senyampang: oleh itu, terlanjurkan, kebetulan, tepat, kena benar,

2. Bersinonim dengan malahan: bahkan, lebih-lebih lagi.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forfeiturelucut hakinsuransTiadaKehilangan hak disebabkan penglibatan dalam jenayah atau pelanggaran perjanjian. Justeru itu hak di bawah polisi insurans hayat boleh dilucutkan jika insured gagal membayar premium.
forfeiturerampasan; perampasan; pelucuthakanPentadbiran PerniagaanTiadaPelucuthakan: Kehilangan hak disebabkan penglibatan dalam jenayah atau pelanggaran perjanjian. Justeru itu hak di bawah polisi insurans hayat boleh dilucutkan jika insured gagal membayar premium.
constructive total losskerugian menyeluruh konstruktifinsuransTiadaKerosakan separa yang melibatkan pembaikan ke atas harta yang melebihi 50% daripada nilai harta tersebut. Justeru itu dianggap tidak wajar untuk dibaiki.
constructive total losskerugian menyeluruh konstruktifPentadbiran PerniagaanTiadaKerosakan separa yang melibatkan pembaikan ke atas harta yang melebihi 50% daripada nilai harta tersebut. Justeru itu adalah dianggap tidak wajar untuk dibaiki.
ensilationpemeramanVeterinarTiadaProses penyimpanan foraj segar yang menggunakan bakteria anerobik. Pada mulanya foraj dipotong, dilayukan dan disimpan dalam kebuk kedap udara yang dipanggil silo. Asid laktik akan terhasil daripada proses pemeraman yang mengekalkan pH pada aras rendah (4-4.5) supaya bakteria pemusnah atau pereput tidak dapat hidup. Justeru itu, bahan foraj dapat disimpan lama dan digunakan mengikut keperluan.
allotetraploidalotetraploidBiologiHistologi dan SitologiAlopoliploid proses penghibridan antara dua spesies yang berlainan dengan menggandakan bilangan kromosom 2n dan setiap induknya akan menghasilkan satu set kromosom 4n. Walaupun hibrid pada lazimnya gersang, alotetraploid merupakan hibrid yang subur kerana kromosom hibridnya memiliki pasangan yang homolog dan mampu hidup berpasang-pasangan. Justeru itu, alotetraploid boleh menghasilkan spesies baru. Alotetraploid yang sempurna hanya wujud pada tumbuh-tumbuhan, tidak pada haiwan kerana keadaan pliploid haiwan tidak sempurna. amfidiploid.
CMYK color modelmodel warna CMYKTeknologi MaklumatTiadaModel warna yang digunakan untuk cetakan. Model ini berasaskan kepada 4 warna iaitu sian, magenta, kuning dan hitam (Cyan Magenta Yellow blacK) . Secara teori, warna sian, magneta dan kuning boleh mencetak semua warna, tetapi hitam yang dihasilkan tidak tulin dan seperti berlumpur. Justeru itu, dakwat hitam diperlukan untuk cetakan berkualiti.
CMYK color modelmodel warna CMYKTeknologi MaklumatTiadaModel warna yang digunakan untuk cetakan. Model ini berasaskan kepada 4 warna iaitu sian, magenta, kuning dan hitam (Cyan Magenta Yellow blacK) . Secara teori, warna sian, magneta dan kuning boleh mencetak semua warna, tetapi hitam yang dihasilkan tidak tulin dan seperti berlumpur. Justeru itu, dakwat hitam diperlukan untuk cetakan berkualiti.
actual powerkuasa hakikiSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang dimiliki oleh individu, organisasi atau pemerintah yang sah dan diterima ramai. Kuasa ini mempunyai hak mutlak dalam membuat, meminda dan menggubal sesuatu dasar atau tindakan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Contohnya, kuasa hakiki dalam menentukan sesuatu perubahan atau pemindaan ke atas hal ehwal agama Islam di Malaysia, terletak di bawah tanggungjawab Majlis Raja-raja. Justeru itu, sebarang pindaan atau perubahan yang dibuat oleh badan atau organisasi lain tanpa persetujuan Majlis Raja-raja berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dianggap tidak sah kerana tidak memiliki kuasa hakiki.
organisational behaviortingkah laku organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Sikap, kelakuan atau gelagat individu atau kumpulan individu tertentu di tempat kerja. Sikap, kelakuan atau gelagat tersebut berupaya mempengaruhi sistem operasi organisasi. Pada keadaan tertentu,  boleh memberikan kesan positif atau negatif terhadap pencapaian matlamat organisasi bergantung kepada sikap, kelakuan atau gelagat tersebut ditafsirkan. Antara kepentingan konsep ini adalah untuk mempertingkatkan kecekapan sistem pentadbiran, mempengaruhi pengeluaran output, produk atau perkhidmatan. Konsep ini juga berupaya mendedahkan majikan kepada kaedah yang sesuai untuk mempertingkatkan kemahiran dan motivasi kakitangan serta memudahkan perancangan, pelaksanaan dan pembuatan keputusan dalam organisasi. Justeru itu, majikan atau pihak pengurusan atasan perlu sedar dan bijak mengawal serta memantau tingkah laku individu atau kumpulan dalam organisasi bagi memastikan hala tuju organisasi dapat dibentuk dengan sempurna, selaras dengan visi dan misi yang telah dirancang.

123

Kembali ke atas