Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ta.an] | جوتاءن

Definisi : berjuta-juta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jutaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, soalan saya untuk ucapan terima kasih, perkataan jutaan/ ribuan boleh disertakan atau tidak.? Jika tidak, boleh saya mengetahui sebab. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada kesalahan sekiranya meletakkan perkataan jutaan/ribuan di hadapan perkataan terima kasih. Akan tetapi, di DBP pada kebiasaan tidak meletakkan perkataan tersebut kerana perkataan terima kasih sudah memadai dan mampu difahami.Lain-lain08.01.2017
Saudara, adakah susun atur ayat dibawah ini betul/boleh digunakan atau boleh diperbaiki lagi. "Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak tuan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit."Ayat yang betul : Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.Tatabahasa02.07.2008
Adakah ayat berikut tepat; " Di kesempatan ini, Saya ingin merakamkan jutaan terima-kasih kepada Pihak Sekolah kerana sudi mejemput Saya ke Majlis ini." Penekanan soalan Saya adalah kepada perkataan " ingin"; Yakni, adakah betul perkataan tersebut digunakan kepada ayat tersebut kerana menurut bekas Pensyarah Saya perkara "ingin"tidak betul digunakan pada ayat seperti tersebut di atas.

Tidak perlu kata 'ingin' dalam ayat tersebut kerana ingin bermaksud berasa mahu sedangkan dalam situasi tersebut saudara telah menyatakan rakaman perasaan tersebut.

Tatabahasa09.12.2011
Soalan seperti terlampir. Kerjasama tuan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. AIDID BIN TAJUDDIN Cawangan Perhubungan Awam, JAbatan KAstam Diraja Malaysia, PUTRAJAYA.Kami bersetuju dengan cadangan kedua dan ketiga, namun sedikit pindaan dibuat menjadi "Koordinasi Pengurusan Sempadan: Pendekatan Menyeluruh untuk Kepentingan Bersama". Namun selaku pihak yang lebih arif dalam hal ini, pihak Kastam boleh menyemak semula dan melihat ketepatannya dengan maksud sebenar frasa tersebut.Penyemakan dan penterjemahan24.12.2014
Salam..saya ingin bertanya tentang kata bilangan. Adakah 'harian, mingguan, bulanan, tahunan, jutaan, ribuan dikira sebagai kata bilangan? Sekian, terima kasih.Perkataan harian, mingguan, bulanan , tahunan tergolong dalam kata bilangan.Tatabahasa23.08.2013
Salam, saya ingin bertanya apakah gelaran jubli yang betul untuk sambutan perayaan 100 tahun sesebuah sekolah?.. Jutaan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini..Jubli ialah Perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa(hari perkahwinan, hari pertabalan raja,dll): Jubli Perak,(kedua puluh lima), Jubli Emas(kelima puluh) dan Jubli Intan(keenam puluh). Cadangan kami: Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Sekolah Menengah Kuala Besut, Terengganu. Lain-lain17.05.2017
salam1 Malaysia. adakah perkataan 'diatas' dalam ayat berikut sesuai digunakan. tq cth. ayat : Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas keizinan menjalankan penyelidikan kepada pihak JAS.Penggunaan yang betul ialah  atas keizinan/atas kerjasama/atas sumbangan/atas perhatian.  Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja'  dan '...di kampung'.Tatabahasa31.03.2017
saya ingin bertanyakan berkaitan penggunaan ayat (pihak merakamkan ucapan billion terima kasih atas keperihatinan pihak tuan). Bolehkah perkataan 'billion' digunakan bagi menggantikan 'jutaan'?. Isu ini telah mendapat maklumbalas yang negatif dari pihak pengurusan kami. mohon pihak tuan memaklumkan semula. sekian.Ungkapan "kami merakamkan ucapan terima kasih" betul dan dapat menyampaikan hasrat pemberi ucapan. Tidak perlu ada bilangan dalam merakamkan ucapan terima kasih. Walau bagaimanapun ungkapan yang dicadangkan itu tidaklah salah cuma perlu disaring penggunaannya kerana boleh memberi ruang kepada ungkapan yang lain pula seperti trilion terima kasih.Tatabahasa17.07.2012
TUAN, PERMOHONAN UNTUK SEMAKAN EJAAN BAGI CONTOH PAPAN IKLAN UNTUK PERNIAGAAN. DI BAWAH SAYA SERTAKAN GAMBAR UNTUK RUJUKAN TUAN. SEGALA KERJASAMA PIHAK TUAN, DI UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH....Penggunaan ayat dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan "Khidmat Nasihat Bahasa".Tatabahasa04.08.2015
Saya ingin tahu SumbanganDBP dalam Pembinaan Bahasa MelayuUsaha pembinaan bahasa Melayu dibuat melalui kerja-kerja peristilahan, perkamusan dan penyelidikan. Dalam bidang peristilahan jutaan istilah digubal dalam pelbagai bidang, buku, glosari dan kamus istilah diterbitkan.   Bidang perkamusan pula memperlihatkan penyusunan dan penerbitan Kamus ekabahasa,dwibahasa, kamus besar(peringkat penyusunan) dll.. Dalam bidang penyelidikan kerja-kerja pengumpulan data korpus, kajian dialek, kajian laras dan gaya bahasa dll. dilaksanakan.   Lain-lain21.04.2008
1234

Kembali ke atas