Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bilik dlm kapal, bot, dsb yg digunakan sbg pejabat atau tempat tidur; 2. bahagian dlm kapal terbang tempat membawa penumpang; 3. binaan sementara yg dijadikan sbg pejabat, tempat tinggal, dsb sementara di tapak bina bangunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bilik dlm kapal dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabin (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Dalam konteks kapal terbang
bersinonim dengan bilik, kamar, sekatan,

2. Bersinonim dengan pondok: gubuk, teratak, tempat berteduh.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAMPAN

Sampan ialah bot kecil yang digunakan

terutamanya di sungai dan di pelabuhan di China,

Jepun, dan pulau-pulau yang berdekatan. Biasanya

sampan mempunyai kabin yang berbumbungkan

tikar. Ramai orang menggunakan sampan sebagai

rumah. Sampan didayung dengan sebilah dayung

ataupun lebih dan sesetengahnya mempunyai layar.

Lihat juga Tempat berteduh (gambar: Bangsal bot

Timur).

UMUM 
KHEMAH

Khemah ialah tempat perlindungan mudah

alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah

untuk berlindung daripada cuaca dan serangga.

Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah

rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca

gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya

daripada nilon, kanvas dan kain kapas.

Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk

seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin

yang besar yang boleh memuatkan enam orang

dewasa.

UMUM 

Kembali ke atas