Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ca] | کاچ

Definisi : 1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dgn me­lakurkan pasir silika, oksida logam dan bahan­bahan lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin, contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya; ~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal; ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dsb; ~ keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai sema­sa terkena hentaman (mis kaca utk cermin ke­reta); ~ mata a) cermin mata; b) pelihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batu prb sangat sedih atau kecewa; berkaca 1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~ mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca me­lihat muka (diri sendiri) dlm cermin, ber­cermin: bersolek sambil ~; 3. = berkaca­-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~ kembali; memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca] | کاچ

Definisi : muka surat, halaman (buku dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca] | کاچ

Definisi : 1 benda yg hening dan keras tetapi mudah pecah (digunakan utk membuat jendela, dinding penyekat bilik di pejabat dll); gelas. 2 = ~ muka kaca yg dpt membalikkan cahaya atau bayang; cermin. ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta dsb. ~ mata a. alat yg dipakai utk membantu menerangkan penglihatan, utk bergaya dsb; cermin mata. b. pendapat; fikiran; (sudut) pandangan. ~ pembesar kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat melaluinya kelihatan besar. berkaca 1 ada kacanya; memakai atau menggunakan kaca: ~ mata memakai kaca mata. 2 melihat muka atau diri sendiri dlm kaca; bercermin. 3 = berkaca-kaca bersinar (bkn air, mata dll); berkilauan: Wajahnya jelita dan matanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaca (kata nama)
Bersinonim dengan gelas, cermin, bayang, imej;,
Kata Terbitan : berkaca-kaca,

Puisi
 

Kain kaca berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda ke negeri Keling;
Darah gemuruh rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Bagai kera diberi kaca.

Bermaksud :

Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kera dapat bunga). (Bandingkan dengan: Memberi bunga kepada kera [monyet]).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KACA DAWAI

Kaca dawai terdiri daripada kepingan kaca

setebal enam milimeter hingga 19 milimeter yang

mengandungi jejaring dawai yang disisipkan

semasa proses pembuatannya. Jejaring dawai itu

menguatkan kaca dan memegangnya apabila kaca

pecah.

UMUM 
KACA BERWARNA

Kaca berwarna ialah kaca berwarna yang

dipotong menjadi kepingan dan dipasangkan

semula untuk membentuk gambar atau corak

hiasan.

UMUM 
KACA PEMBESAR

Kaca pembesar ialah kaca yang menjadikan

objek yang dekat kelihatan lebih besar.

UMUM 
KACA GENTIAN

Kaca gentian juga dinamakan kaca serabut,

ialah kaca dalam bentuk gentian halus (bebenang).

Gentian ini mungkin banyak kali lebih halus

daripada rambut manusia, dan kelihatan serta

berasa seperti sutera.

UMUM 
SAINT HELENS

Saint Helens (pend. 175 300) ialah daerah

metropolitan dan pusat pembuatan di

Merseyside, England. Bandar ini merupakan pusat

pengeluaran kaca terbesar di United Kingdom.

Barangan kaca yang dihasilkan ialah kaca rata dan

kaca keselamatan, pinggan mangkuk, dan bekas

kaca. Industri lain termasuk kejuruteraan dan

pengeluaran pakaian serta barangan

farmaseutikal. Lombong batu arang terletak

berhampiran bandar ini. Terusan Inggeris yang

pertama dibina di St. Helens untuk mengangkut

batu arang ke Liverpool melalui Sungai Mersey.

Terusan ini dibuka pada tahun 1757. Dalam daerah

ini terdapat juga balapan lumba kuda Haydock

Park. St. Helens juga mempunyai pasukan bola

sepak Liga Ragbi yang berjaya. Lihat juga

Merseyside.

UMUM 
KACA AIR

Kaca air juga dikenali sebagai kaca terlarutkan

(formula kimia Na2SiO3), ialah sebatian bak jeli yang

terdiri daripada natrium, silikon, dan oksigen.

Nama kimianya ialah natrium silikat.

UMUM 
KACA

Kaca ialah salah satu daripada bahan yang paling

berguna di dunia. Kaca menghiasi kehidupan

moden sama seperti segelintir bahan buatan yang

lain

UMUM 
CICAK KACA UMUM 
GENTIAN KACAGabungan gentian dengan bahan polimer, seramik atau logam untuk memperbaiki sifat bahan gabungan tersebut.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
KACA MATA

Kaca mata ialah sepasang kanta yang dipasang

pada bingkai dan dilekapkan di hadapan mata.

UMUM 
123456

Kembali ke atas