Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ca/] | کاچق

Definisi : 1. kelihatan gagah, segak, tampan: seorang pemuda yg ~; 2. angkuh, bongkak; bulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang pd nasib; mengacakkan menyebabkan seseorang men­jadi kacak: pakaian Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya; kekacakan keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan ~ kpd kaum Adam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca/] | کاچق

Definisi : Pr; berkacak berpijak, berdiri: panglima kecil madu suara, Awang kecil akal melela, yg ~ di awan-awan, yg bergantung di angin lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca/] | کاچق

Definisi : Mn; berkacak; ~ pinggang bercekak pinggang; mengacak memegang (mengangkat) utk mengetahui berat sesuatu; ~ galas ark a) mengangkat galas; b) ki ber­dagang; ~ lengan mengangkat lengan (hendak berkelahi); dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan prb perihal orang yg merasa dirinya sudah cukup dlm segala hal (tidak memerlukan bantuan orang lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca/] | کاچق

Definisi : 1 kelihatan gagah; segak; tampan: Seorang pemuda yg ~ telah menemaninya pulang. 2 sombong; megah; bongkak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kacak (adjektif)
Bersinonim dengan segak, tampan, lawa, elok, gagah, bergaya, tumandang, menawan, menarik, menggoda;,
Kata Terbitan : mengacakkan, kekacakan,

Puisi
 

Kapal kecil roda lambung,
     Naik ke darat pasang teropong;
Orang muda kacak melambung,
     Songkok senget saku kosong.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Yang merah saga,
     yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
     yang baik budi.

Bermaksud :

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Commedia dell�artecommedia dell�arteKesusasteraanTiadaBentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin.

Kembali ke atas