Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.cang.ka.cang] | کاچڠ٢

Definisi : a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cang.ka.cang] | کاچڠ٢

Definisi : Mn penabur (peluru); baru ~nya baru pendahuluannya (belum ramai lagi dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cang.ka.cang] | کاچڠ٢

Definisi : sj ikan laut, alu-alu, tenak, Sphyraena spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacang-kacang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di pohon kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang jemput kerana malu.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Bagai kacang direndang.

Bermaksud :

Bunyi suara yang tak putus-putus.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nat[nAt]kata namapekan harian, pekan sehari.Depa dok juai kacang poi kat nat pada ari Rabu.[dE.pA do/ dZu.wAj kA.tSAN pj kAt nAt pA.dA A.Òi ÒA.bu]Mereka sering menjual kacang poi di pasar harian pada hari Rabu.
peruwap[p«.Òu.wAp]kata kerjameletakkan sesuatu (berkenaan ubi, kacang, bunga, ulam dan lain-lain) di atas nasi yang hampir masak dalam periuk untuk melembutkan bahan tersebut.Tulong peruwap sat terong ni, kita nak buat ulam makan nasik sat lagi.[tu.loN p«.Òu.wAp sAt t«.ÒoN ni ki.tA nA/ bu.wAt u.lAm mA.kAn nA.si/ sAt lA.gi]Tolong peruwap terung ini untuk kita jadikan ulam masa makan nasi sebentar lagi.
pasmbor[pAs.mbr]kata namasejenis makanan (rojak) yang mengandungi campuran mentimun ubi kentang, ubi sengkuang, tauge, tauhu, cucur ketam, cucur udang dan sotong, yang dibubuh kuah daripada kacang tanah, lenga, asam jawa dan lain-lain; pasembor.   
pasembor[pA.s«m.br]kata namasejenis makanan (rojak) yang mengandungi campuran mentimun ubi kentang, ubi sengkuang, tauge, tauhu, cucur ketam, cucur udang dan sotong, yang dibubuh kuah daripada kacang tanah, lenga, asam jawa dan lain-lain; pasmbor.   

Kembali ke atas