Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.cau.bi.lau] | کاچاو-بيلاو

Definisi : sangat kacau, kacau-becah, kacau­-bicau, kacau-birau, kacau-balau; berkacau-bilau berkacau sangat: keadaan yg ~; mengacau-bilaukan menjadikan kacau-bilau, mengacau-balaukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cau.bi.lau] | کاچاو-بيلاو

Definisi : kacau-balau; ® kacau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cau.bi.lau] | کاچاو-بيلاو

Definisi : sangat kacau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacau-bilau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chaoskacau-bilauSejarahTiadaKacau-bilau: Keadaan huru-hara atau kucar-kacir.
civil commotionkegemparan awamSejarahTiadaKeadaan kacau-bilau atau huru-hara yang ditimbulkan oleh orang awam untuk menunjukkan tentangan kepada pemerintah.
chaotic familykeluarga huru-haraKejururawatanTiadaKeluarga yang kacau-bilau dan ahlinya sering menghadapi krisis antara satu sama lain.
anarchyanarkiSains PolitikPolitik Perbandingan1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik.
barratorpembaratriUndang-undangTiada1. Seseorang yang berniat jahat, yang melakukan kacau-bilau.,2. Seseorang litigan yang menyusahkan.
mobocracymobokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang berada dalam keadaan kucar-kacir atau kacau-bilau apabila perusuh menguasai keadaan. Pada masa ini, undang-undang tidak dipatuhi dan masyarakat menjadi kelam-kabut. Keadaan seperti ini berlaku apabila kerajaan telah kehilangan kuasa atau gagal mengawal ketenteraman awam. Institusi pemerintahan seperti polis, tentera, kastam dan imigresen tidak berupaya melaksanakan tugas secara berkesan. Contohnya, Indonesia selepas kejatuhan nilai wang pada tahun 1998 dapat dianggap sebagai mobokrasi.
realignmentpenjajaran semula; pengaturan semulaSejarahTiada1. Perbuatan menjajarkan sesuatu atau menyusun semula keadaan yang kacau bilau khasnya dalam pemerintahan negara.
genital stageperingkat genitalPsikologiPsikologi UmumPeringkat kelima dalam teori perkembangan psikoseksual manusia. Menurut Freud, pada peringkat ini remaja mengalami arus gelombang tenaga seksual yang tinggi. Peningkatan mendadak ini menyebabkan individu dirundung emosi dan fikiran yang kacau bilau. Keadaan ini memaksa individu remaja menyalurkan ketegangan tersebut dengan menjalinkan hubungan sosial dan seksualiti. Pada akhir peringkat ini, individu remaja mencapai kematangan untuk bercinta dan menyedari fungsi seksual sebagai individu dewasa.
political orderaturan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima.
provisional governmentkerajaan sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hanya untuk sementara waktu sama ada kerana masih tidak boleh mcmbentuk kerajaan rasmi atau masih dalam pelarian atau buangan ataupun sementara menanti keadaan menjadi aman setelah berlaku kacau-bilau dalam sesebuah negara. Kerajaan ini dibentuk sebagai memenuhi keperluan wujudnya pemerintah untuk mentadbir negara tetapi tidak menjadi kerajaan yang popular. Kerajaan ini hanya menjalankan urusan pentadbiran bagi tempoh tertentu. Contohnya, kerajaan sementara Korea telah dibentuk di Shanghai pada tahun 1919 oleh pejuang nasionalis Korea yang sangat patriotik kerana negara tersebut sedang dikuasai oleh Jepun.
12

Kembali ke atas