Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.dar] | قدر

Definisi : 1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemam­puannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubung­annya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja; berkadar berimbang kadarnya atau nisbah­nya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg se­baliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan; perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dar] | قدر

Definisi : Jw; mengadar tidur di luar rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dar] | قدر

Definisi : ark; kain ~ kain yg ditenun sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dar] | قدر

Definisi : 1 kebolehan atau kekuatan utk membuat sesuatu; keupayaan; daya; kemampuan: Tiap-tiap pekerja telah berderma dgn ala ~nya. 2 perbandingan atau perimbangan (berat, darjah dll); nisbah: Kedua-dua bahan itu bersebati dlm ~ berat yg sama. 3 lebih kurang; kira-kira: ~ sesaat kemudian, muncullah tuan puteri itu. 4 bahagian yg tulen atau yg jati dlm sesuatu (spt emas, perak). 5 sukatan yg dibuat dgn berdasarkan pertalian antara dua nilai yg berlainan: Ia berjalan dgn ~ tiga batu sejam. ~ pertambahan kadar bertambahnya sesuatu nilai dsb berbanding dgn masa dan jumlah yg ada. berkadar berimbang dgn kadarnya; menurut atau mengikut kadarnya: Tekanan gas ~ songsang dgn isi padunya. sekadar 1 sesuai atau seimbang dgn; sepadan dgn: ~ yg diperlukan. 2 hanya; cuma: ~ menunggu perintah ketua utk menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kadar (kata nama)
1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,

3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,

4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti, perbandingan saiz,

Kata Terbitan : sekadar,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
rate3. charge made for a commodity, service, etc, kadar: the ~s of pay are fixed by arbitration, kadar gaji ditetapkan secara timbang tara; telephone ~s, kadar telefon; 4. speed of movement, pace, kadar: the ~ of the heartbeat, kadar denyutan jantung; 5. (with ordinal numbers) class or grade, kelas, gred: a first-~ gymnast, ahli gimnastik kelas satu; a fifth-~ film that is not worth seeing, filem kelas kelima yg tdk berguna ditonton; 6. local tax on property, kadaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
raten 1. amount, degree, etc, considered in relation to another amount, degree, etc, kadar: the car travels at a ~ of 60 kilometres per hour, kereta itu berjalan pd kadar 60 kilometer sejam; the ~ of growth increased, kadar pertumbuhan meningkat; the birth ~ fell last year, kadar kelahiran turun pd tahun lalu; 2. charge with reference to a standard, kadar: hotel ~s are beyond his means, kadar hotel di luar kemampuannya; to pay interest at the ~ of 11%, membayar faedah pd kadar 11%;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rough-and-readyadj ala kadar: ~ plans, rancangan ala kadar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rig~ st up, memasang sst ala kadar: they ~ged up a temporary shelter for the wounded, mereka memasang tempat teduh sementara ala kadar bagi orang-orang yg cedera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uptaken rate at which st is absorbed, accepted, kadar penyerapan: smoking reduces the body’s ~ of vitamin C, merokok mengurangkan kadar penyerapan vitamin C dlm badan; quick on the ~, (colloq) cepat tangkap; slow on the ~, (colloq) lambat tangkap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
turnover3. rate at which stock is sold and replenished, (kadar) pusing ganti: a retail store with a large ~, kedai runcit yg tinggi kadar pusing gantinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rustle 2 ~ st up, (colloq) buat [sst] /ala kadar, seada-adanya/: can you ~ up something to eat?, boleh kamu buat sesuatu ala kadar utk dimakan?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
turnovern 1. number of persons leaving or entering employment, (kadar) pusing ganti: an industry where the labour ~ is exceptionally high, industri yg kadar pusing ganti buruhnya luar biasa tingginya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tax raten kadar cukai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prime ratenkadar utama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas