Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.dar] | قدر

Definisi : 1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemam­puannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubung­annya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja; berkadar berimbang kadarnya atau nisbah­nya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg se­baliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan; perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dar] | قدر

Definisi : Jw; mengadar tidur di luar rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dar] | قدر

Definisi : ark; kain ~ kain yg ditenun sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dar] | قدر

Definisi : 1 kebolehan atau kekuatan utk membuat sesuatu; keupayaan; daya; kemampuan: Tiap-tiap pekerja telah berderma dgn ala ~nya. 2 perbandingan atau perimbangan (berat, darjah dll); nisbah: Kedua-dua bahan itu bersebati dlm ~ berat yg sama. 3 lebih kurang; kira-kira: ~ sesaat kemudian, muncullah tuan puteri itu. 4 bahagian yg tulen atau yg jati dlm sesuatu (spt emas, perak). 5 sukatan yg dibuat dgn berdasarkan pertalian antara dua nilai yg berlainan: Ia berjalan dgn ~ tiga batu sejam. ~ pertambahan kadar bertambahnya sesuatu nilai dsb berbanding dgn masa dan jumlah yg ada. berkadar berimbang dgn kadarnya; menurut atau mengikut kadarnya: Tekanan gas ~ songsang dgn isi padunya. sekadar 1 sesuai atau seimbang dgn; sepadan dgn: ~ yg diperlukan. 2 hanya; cuma: ~ menunggu perintah ketua utk menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kadar (kata nama)
1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,

3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,

4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti, perbandingan saiz,

Kata Terbitan : sekadar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah yang sesuai untuk accessibility rate dlam bidang Geografi? darjah ketersampaian atau kadar ketersampaian?Kami mencadangkan istilah "accessibility rate" dalam bidang Geografi diterjemahkan sebagai "kadar ketersampaian, kadar ketercapaian atau kadar kemudahan". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 

Istilah05.03.2021
yang mana betul, kadar baru gaji atau kadar gaji baruKADAR GAJI BARUTatabahasa04.02.2013
Pohon pengesahan penggunaan frasa berikut: Pada kadar segera atau dalam kadar segera? Merujuk perkara di atas atau merujuk perkara tersebut di atas?1) Pada kadar segera kerana ayat tersebut menunjukkan keterangan waktu.
2) Merujuk perkara di atas lebih tepat dan gramtis.
Lain-lain29.06.2015
berapakah kadar bayaran yang dkenakan untuk menterjemah nota atau kertas ilmiah teknikal dari bahasa inggeris ke bahas malaysia? berapapula kadar bayaran untuk 'proofreading' yang dikenakan oleh pihak tuan secara piawainya?Kadar yang diguna pakai di DBP : bayaran terjemahan teks teknikal daripada bahasa Inggerius kepada bahasa Melayu ialah 0.15 sen/kata. Kadar bayaran penyemakan pruf teks teknikal ialah 0.015 sen/kata.Lain-lain15.11.2007
makna atau maksud serta huraian tekanan dan kadar alirKadar alir merujuk kepada perihal mengeluarkan sesuatu, seperti air atau kekotoran dari tangki. Tekanan merujuk kepada keamatan daya yang bertindak pada sesuatu kawasan, dan merupakan hasil bahagi daya dengan luas kawasan tindakannya.Istilah23.03.2007
Apakah terjemahan yang tepat bagi "published rate" (istilah harga bilik hotel) dalam bahasa Melayu?kadar tersiar atau kadar sewa penuh.Tatabahasa30.07.2007
Antara kesannya (ialah/adalah) meningkatkan kadar pengangguran. Yang manakah kata pemeri yg sesuai digunakan? (meningkatkan kadar pengangguran ialah frasa kerja?)Ayat yang gramatis, antara kesannya ialah peningkatan kadar pengangguran.Tatabahasa25.09.2018
Mana satukah frasa yang tepat? 1) Membuat semakan ke atas kadar cukai 2) Membuat semakan terhadap kadar cukai

Jawapan yang betul ialah Membuat semakan kadar cukai.

Tatabahasa23.05.2023
Memohon kadar bayaran yang boleh digunapakai untuk pembayaran khidmat penterjemahan dari bahasa English ke Bahasa Malaysia untuk penyediaan kertas soalan peperiksaan perkhidmatan Awam. Pegawai yang terlibat adalah penjawat awam dan pembayaran adalah melalui Pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak. Sehubungan itu, kadar bayaran yang rasmi/standard adalah perlu untuk menyokong pembayaran khidmat penterjermahan. Sekian terima kasih.Mengikut kadar bayaran DBP, kadarnya antara 3 hingga 5 sen setiap perkataan bergantung pada teks tersebut. Walau bagaimanapun kadar ini mungkin berbeza dengan kadar bayaran yang diguna pakai di jabatan atau organisasi lain.

Lain-lain09.11.2015
Bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai penetapan kadar harga bayaran pasport yang dikenakan, apakah maksud yang tepat atau sepatutnya. 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun'. Apakah memadai dengan ayat tersebut yang membawa maksud, bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun pada hari tarikh lahirnya ? Apakah kategori tersebut termasuk yang telah mencapai umur pada hari jadi seseorang itu ? Mohon bantuan dan nasihat pihak Tuan dalam kadar segera, terima kasih.

Salam sejahtera,

'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun'. Ayat ini memadai untuk menunjukkan maksud bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun.

Lain-lain03.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas