Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.dét] | کاديت

Definisi : (kadét) pelajar di maktab tentera yg dilatih utk menjadi pegawai tentera, calon pegawai (dlm pentadbiran dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dét] | کاديت

Definisi : (kadét) Id, bp penyeluk saku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dét] | کاديت

Definisi : (kadét) IB; roti ~ roti tawar yg kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dét] | کاديت

Definisi : /kadét/ 1 pelajar di maktab atau di pusat latihan polis atau tentera. 2 bakal pegawai polis atau tentera; bakal pegawai dlm perkhidmatan awam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kadet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dari segi Hukum D-M, Yang manakah betul ? (a) Kadet Pandu Puteri Malaysia ATAU Pandu Puteri Kadet Malaysia. (b) Renjer Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Renjer (c) Tunas Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Tunas Sekian, terima kasih.jawapan yang betul, kadet pandu puteri, renjer pandu puteri, dan tunas pandu puteriTatabahasa09.11.2007
psukan pandu puteri, pengakap, pasukan bulan sabit merah, kadet polis, psukan bomba dan pasukan polis perlu ditulis dalam huruf besar pada huruf pertama? terima kasihBulan Sabit Merah ialah sebuah pertubuhan yang khusus dan dieja dengan huruf besar. Pasukan pandu puteri, pengakap, kadet polis, pasukan bomba dan pasukan polis ditulis dengan huruf kecil, kecuali dalam frasa kata nama khas seperti Pandu Puteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kadet Polis SMK Wangsa Melawati, Pasukan Bomba Hang Tuah dan Pasukan Polis Bukit Aman.Tatabahasa30.04.2014
1. pakaian seragam pasukan kadet polis sekolah itu kemas nian/sungguh. boleh tolong terangkan perbezaan kegunaan bagi kedua-dua perkataan tersebut. setahu saya kedua-dua perkataan membawa erti yang sama. 2. kegunaan perkataan "titis" dengan "titik". apakah perbezaannya?1. Bergantung kepada kesesuaian ayat dan situasi. 2. Titik dan titis membawa maksud yg sama. Sila rujuk Kamus dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Tatabahasa15.10.2009
Penggunaan suku kata khu- untuk perkataan khusyuk. Bolehkah penggunaan khusyuk di gunakan selain untuk perbuatan beribadat. Misalnya dalam petikan dibawah: Pasukan Kadet hendak mencari khazanah khas di hutan. Mereka meneliti peta dengan khusyuk sekali. Terima kasihKhusyuk bermaksud penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu) dan konteks makna khusyuk tidak khusus kepada perbuatan ibadat sahaja.Tatabahasa29.08.2016

Kembali ke atas