Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.du/] | کادوق

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), akar bugu, kudak, mengkadak, sirih duduk, Piper sarmentosum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Piper stylosum; spt ~ kena air tahi prb orang yg tiada berguna tetapi panjang umurnya; spt ~ naik junjung prb orang yg hina apabila mendapat pangkat dll berbuat mengada-ngada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.du/] | کادوق

Definisi : ; Pak K~ Pak Pandir (orang yg bodoh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.du/] | کادوق

Definisi : ; ~ api sj burung, cenuk api, Zanclostomus javanicus pallidus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.du/] | کادوق

Definisi : nama sj pokok renek yg daunnya serupa dgn daun sirih, Piper sarmentosum. ~ hutan kaduk yg daunnya boleh dibuat ubat bengkak (sebu perut dsb), Piper stylosum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaduk

Puisi
 

Pucuk kaduk di tepi perigi,
     Diambil orang anak beranak;
Biar buruk asalkan besi,
     Sanggup rebah kayu yang banyak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kaduk kena baja.

Bermaksud :

Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Pucuk kaduk tepi perigi, Buah rambai atas peti; Biar buruk rupa diri, Asal pandai mengambil hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pucuk kaduk di tepi perigi, Diambil orang anak beranak; Biar buruk asalkan besi, Sanggup rebah kayu yang banyak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pucuk kaduk pucuk midin, Daun capa dalam padi; Rupa tiada lagi miskin, Mana hendak membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putik kaduk Ulu Telemu, Singgah bertemu di Pantai Wali; Saya tak mabuk kerana ilmu, Mabuk saya kerana janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Kaduk Ulu Telemu, Singgah menanak Batali; Saya tak masuk kerana ilmu, Saya masuk kerana janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Susun sirih berkaduk-kaduk, Susun sampai di kedai Cina; Kasih cik tuan mengejut-ngejut, Itu tanda tak kekal lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh tuan selasih tumbuh, Zaman sekarang kaduk berbunga; Dulu tuan kasihnya sungguh, Sekarang saya tidak berguna.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas