Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.fé] | کافي

Definisi : (kafé) restoran kecil yg menyajikan ma­kanan dan minuman ringan; ~ siber kafe yg menyediakan perkhidmatan komputer berinternet kpd pelanggan atau pengunjung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.fé] | کافي

Definisi : /kafé/ restoran kecil yg menyajikan makanan dan minuman ringan. ~ siber kafe yg menyediakan perkhidmatan komputer yg dilengkapi Internet kpd pelanggan atau pengunjung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kafe


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin membuka sebuah restoran dan ingin menamakannya 'SS Banana Cafe'. Selepas mendaftar di SSM saya diminta untuk ke DBP. Setelah menghantar borang saya terima satu pembetulan iaitu perkataan 'Cafe' perlu ditukarkan kepada 'Kafe'. Setahu saya Kafe adalah perkataan bahasa Malaysia, dan bila ia digabungkan 'Banana' dan 'Kafe' ia seperti bahasa rojak. Saya sangat kecewa kerana ia perlu ditukarkan. Jadi masalah saya sekarang, adakah penggunaan huruf C itu salah dan perlu ditukarkan kepada K dek kerana kemunduran saya dalam bahasa Inggeris pada nama restoran itu. Terima Kasih.Jika perniagaan saudara telah didaftarkan di SSM sebagai SS Banana Cafe, tidak ada lagi pembetulan yang boleh dibuat. Namun apabila saudara memohon lesen iklan dengan pihak berkuasa tempatan, keterangan aktiviti - KAFE (di bahagian atas) dan di bahagian bawahnya nama perniagaan - SS Banana Cafe. Tidak timbul isu bahasa rojak di sini kerana kata Cafe diberi padanan Kafe dalam bahasa Melayu.Istilah01.02.2012
a) Siti suka minum kopi di rumah. b) Siti suka minum kopi di kafe. (atau) Ayat majmuk: 1. Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe. 2. Siti suka minum kopi di rumah atau kafe. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe?"

Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke dan ke.
Tatabahasa09.10.2013
UNTUK KEDAI KAFE DALAM BAHASA YANG BETUL IALAH APA?

Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Lain-lain08.08.2019
D WAN KAFE
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.
Lain-lain10.04.2017
Penggunaan frasa kafe siber. Betul atau salah.Frasa "kafe siber" adalah betul.Tatabahasa23.05.2011
Tuan , berfoya-foya di pusat kafe siber Boleh bermaksud berpelisiran di pusat kafe siber?Berfoya-foya dan berpelesiran mempunyai maksud yang sama, iaitu bersuka-suka.Tatabahasa28.05.2015
Salam Sejahtera, Saya mohon ejaan jawi untuk : KAFE Terima Kasih

Ejaan jawi untuk kafe ialah کافي

Ejaan27.08.2021
DEKORI PREMIUM CAFE jika dalam susunan bahasa melayu adakah Kafe Dekori Premium?

Susunan ayat yang betul ialah Kafe Dekori Premium.  Namun begitu, perkataan "dekori" tiada dalam bahasa Melayu dan tidak sesuai digunakan dalam penulisan. Sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu yang betul dengan maksud yang baik. Terima kasih.



Lain-lain24.05.2022
Pertanyaan mengenai penggunaan perkataan "ESTABLISHED" di dalam papan tanda kafeMohon dibuat dwibahasa SEJAK/ESTABLISHED 2015.
Iklan tersebut juga perlu diletakkan keterangan perniagaan di bahagian atas sebelah kiri, KAFE.
Penyemakan dan penterjemahan15.08.2015
Apakah terjemahan bagi kafe hipster?

Berdasarkan Kamus Dewan, hipster bermaksud:

  1. Unik dan kreatif kerana tidak mengikut kelaziman tetapi mempunyai nilai kontemporari.
  2. Orang yang unik dan kreatif kerana tidak mengikut kelaziman tetapi moden dan mengikut perkembangan terkini.
Kafe hispter boleh dianggap sebagai restoran kecil yang berkonsep moden dan unik.
Makna21.07.2021
1234

Kembali ke atas