Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kah.win] | کهوين

Definisi : 1. perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah; 2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), ber­isteri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; 3. = berkahwin bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; 4. bp bersetubuh, ber­jimak; ~ andar kahwin dgn tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja); ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa (agama); ~ gantung nikah gantung; ~ kantor Id per­nikahan yg dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dsb); ~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand; ~-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan; ~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yg berlaku atas pak­saan atau desakan orang lain (tidak dgn se­penuh kerelaan pengantin lelaki atau perem­puan); mengahwini 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; mengahwinkan 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (men­cantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem; perkahwinan 1. perihal berkahwin, perni­kahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kah.win] | کهوين

Definisi : kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa atau berlainan agama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kah.win] | کهوين

Definisi : 1 perikatan yg sah antara orang lelaki dgn orang perempuan utk menjadi suami isteri; nikah. 2 = berkahwin mempunyai isteri atau suami; beristeri; bersuami: Anak saya yg bongsu belum ~ lagi kerana dia masih muda. 3 = berkahwin mendirikan rumah tangga; bernikah: Kemudian, gadis itu jatuh cinta pdnya lalu mereka pun ~. 4 bersetubuh; berjimak. 5 percantuman atau penyatuan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). ~ andar kahwin dgn seseorang dgn tidak mengeluarkan apa-apa belanja. ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa atau berlainan agama. ~ gantung kahwin atau nikah yg sudah sah di sisi agama tetapi kedua-dua suami isteri belum tinggal bersama. mengahwini 1 berkahwin dgn; mengambil sbg isteri atau sbg suami: Dia sanggup ~ gadis itu. 2 bersetubuh dgn. mengahwinkan 1 memberi beristeri atau bersuami; menikahkan: Pd akhir tahun ini, dia hendak ~ anaknya yg bongsu. 2 mencantumkan atau menyatukan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). perkahwinan perihal berkahwin atau bernikah; pernikahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kahwin
Kata Terbitan : berkahwin,

Puisi
 

Orang menjala ikan belanak,
     Dapat seekor puntang-panting;
Kalau kahwin janda beranak,
     Habis kepala kena kencing.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja.

Bermaksud :

Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki saja).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN MURUT

ADAT PERKAHWINAN MURUT, adat perkahwinan diamalkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di Sabah. Sistem sosial yang menjadi amalan suku Murut di Pensiangan ialah ‘barian’ (hantaran sampai mati) atau ‘barian’ kahwin seumur hidup. Sistem ini masih dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah kahwin. Ibu bapa perempuan atau saudara-maranya berhak meminta atau mengambil sesuatu benda yang disukai daripada menantunya pada bila-bila masa tanpa memikirkan sama ada perbuatannya itu menyenangkan menantunya ataupun sebaliknya.

 

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN MELAYU RIAU

ADAT PERKAHWINAN MELAYU RIAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Riau di Riau, Indonesia. Di kalangan masyarakat ini, adat ini dikenal sebagai adat nikah kahwin.

           

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN MELANAU

ADAT PERKAHWINAN MELANAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak. Adat perkahwinan yang diamalkan bergantung kepada status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk ‘tanda tunaeng’ dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti ‘adat menuga’, ‘adat mebin’ dan ‘pakan’ juga turut ditentukan oleh status sosial ini. Walau bagaimanapun, asas adat perkahwinan adalah sama seperti merisik dan majlis perkahwinan.

 

BUDAYAKonsep
SITI TANJUNG PERAK

SITI TANJUNG PERAK (1912-1992), pelakon filem.  Dia lahir di Bugis, Pulau Sulawesi, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Siti Sundari Samad.  Dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya tamat sekolah desa.  Semasa berumur belasan tahun, dia telah lari dari kampungnya untuk mengelakkan daripada kahwin paksa dan telah menyertai kumpulan bangsawan `Taman Setia’ pada tahun 1929.  Nama Siti Tanjung Perak diperolehinya kerana dia sering mendendangkan lagu “Tanjung Perak” ketika mengadakan persembahan bangsawan di seluruh Indonesia dan Tanah Melayu pada ketika itu.

BUDAYATokoh
SEMENDASEMENDA, pertalian untuk seorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang masuk menjadi ahli baharu dalam keluarga wanita tersebut.  Istilah ini digunakan dalam sistem kekeluargaan adat perpatih.  Mengikut adat perpatih, orang semenda ialah orang yang datang daripada satu suku  dan dia mengahwini seorang wanita daripada suku yang lain.  Mengikut adat, sistem perkahwinannya ialah eksogami, iaitu kahwin di luar suku.  Bagi seseorang yang tanpa suku, dia semestinya dikadimkan kepada suku yang berlainan daripada suku bakal isterinya. BUDAYAAdat
BAJU KEBAYA

BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur.

BUDAYAPakaian

Kembali ke atas