Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kah.win] | کهوين

Definisi : 1. perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah; 2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), ber­isteri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; 3. = berkahwin bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; 4. bp bersetubuh, ber­jimak; ~ andar kahwin dgn tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja); ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa (agama); ~ gantung nikah gantung; ~ kantor Id per­nikahan yg dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dsb); ~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand; ~-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan; ~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yg berlaku atas pak­saan atau desakan orang lain (tidak dgn se­penuh kerelaan pengantin lelaki atau perem­puan); mengahwini 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; mengahwinkan 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (men­cantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem; perkahwinan 1. perihal berkahwin, perni­kahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kah.win] | کهوين

Definisi : kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa atau berlainan agama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kah.win] | کهوين

Definisi : 1 perikatan yg sah antara orang lelaki dgn orang perempuan utk menjadi suami isteri; nikah. 2 = berkahwin mempunyai isteri atau suami; beristeri; bersuami: Anak saya yg bongsu belum ~ lagi kerana dia masih muda. 3 = berkahwin mendirikan rumah tangga; bernikah: Kemudian, gadis itu jatuh cinta pdnya lalu mereka pun ~. 4 bersetubuh; berjimak. 5 percantuman atau penyatuan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). ~ andar kahwin dgn seseorang dgn tidak mengeluarkan apa-apa belanja. ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa atau berlainan agama. ~ gantung kahwin atau nikah yg sudah sah di sisi agama tetapi kedua-dua suami isteri belum tinggal bersama. mengahwini 1 berkahwin dgn; mengambil sbg isteri atau sbg suami: Dia sanggup ~ gadis itu. 2 bersetubuh dgn. mengahwinkan 1 memberi beristeri atau bersuami; menikahkan: Pd akhir tahun ini, dia hendak ~ anaknya yg bongsu. 2 mencantumkan atau menyatukan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). perkahwinan perihal berkahwin atau bernikah; pernikahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kahwin
Kata Terbitan : berkahwin,

Puisi
 

Orang menjala ikan belanak,
     Dapat seekor puntang-panting;
Kalau kahwin janda beranak,
     Habis kepala kena kencing.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja.

Bermaksud :

Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki saja).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الصداقmas kahwin/maharAgama IslamFiqhMas kahwin yang mempunyai nilai pada syarak yang diberikan oleh suami kepada isteri.
أجر المثالupah setara/mas kahwin setaraAgama IslamFiqhPemberian mas kahwin kepada pihak perempuan yang nilainya setara dengan kedudukannya.
أجرة المسمىupah tersebut; mas kahwin tersebut/mahar musammaAgama IslamFiqhPemberian mas kahwin kepada pihak perempuan yang disebut dalam majlis akad nikah.
intermarriagekahwin campurKependudukanTiadaTiada
intermarriagekahwin campurSosiologiTiadaTiada
elopekahwin lariSosiologiTiadaTiada
intermarriagekahwin campurPerubatanTiada1. Perkahwinan individu di antara ras yang berlainan.,2. Perkahwinan individu yang mempunyai pertalian darah.
intermarriagekahwin campurSosiologiTiadaTiada
elopementkahwin larianSosiologiTiadaTiada
elopekahwin lariSosiologiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas