Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KORDUROI

Korduroi ialah kain kapas atau kain kapas campuran yang bertetulang

timbul memanjang.

UMUM 
KAMBRIK

Kambrik ialah kain kapas putih, halus yang ditenun

kosong atau tidak bercorak. Ia kelihatan berkilau

sedikit.

UMUM 
KALIKO

Kaliko atau belacu ialah kain kapas yang ditenun

kosong atau tidak bercorak.

UMUM 
KHAKI

Khaki ialah kain kapas yang berwarna perang

debu. Perkataan India Timur khaki bermakna

berwarna debu.

UMUM 
KAIN LEBAR

Kain lebar ialah kain kapas atau kain bulu bebiri

lembut yang digunakan untuk membuat kot, sut,

kemeja dan gaun.

UMUM 
SWISS

Swiss ialah kain kapas halus, jarang yang pertama

kali dibuat di Switzerland. Fabrik ini juga boleh jadi

campuran serat kapas dengan serat sintetik. Swiss

boleh jadi kosong atau bercorak atau mungkin

mempunyai titik-titik yang ditenun atau ditampal. Ia

boleh diproses supaya tetap keras selepas dibasuh.

Swiss digunakan untuk membuat pakaian, apron

dan langsir.

UMUM 
DENIM

Denim ialah sejenis fabrik yang kuat yang

biasanya digunakan untuk membuat jeans dan

pakaian lasak. Ia diperbuat daripada kain kapas

dan gentian tiruan ataupun dicampurkan kedua-duanya

sekali.

UMUM 
KHEMAH

Khemah ialah tempat perlindungan mudah

alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah

untuk berlindung daripada cuaca dan serangga.

Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah

rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca

gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya

daripada nilon, kanvas dan kain kapas.

Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk

seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin

yang besar yang boleh memuatkan enam orang

dewasa.

UMUM 
TITIK JARUM

Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang

jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik

jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia

digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet,

upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik

jarum pernah dikenali sebagai dewangga.

Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas.

Penyulam menggunakan jarum dewangga yang

tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini

termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau

yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben.

Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas

permukaan jejaring.

UMUM 
MORDAN

Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan

pewarna untuk mencegahnya daripada mudah

larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi

sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan

mordan tidak akan luntur, dan dengan itu

warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk

garam kromium, ferum, aluminium, timah dan

logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau

mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna

asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid

laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa.

Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu

dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan

pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu

pewarna asid dimordankan dengan garam

aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas

menjadi merah terang, yang dinamakan merah

Turki .

Lihat juga Lak (Pewarna).

UMUM 
123

Kembali ke atas