Pantun

PantunSumberTema
Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Katil dihias kain kapas, Kain nipis berbayang-bayang; Dalam tangan lagi terlepas, Inikan pula berkasih sayang.Pantun Melayu SarawakKasih
Penyeri rumah dalam puan, Kain kapas kain sutera, Nama terpahat di tugu pahlawan, Jadu tatapan anak Negara.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kain sutera kain kapas, Kain bertabur mawar merah; Dalam hati haran tak lepas, Tunggul dipandang terbayang wajah.Pantun Melayu SarawakKasih
Kapas-kapas bertali benang, Lepas benang bertali kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sudah kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asal kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Barang lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas