Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWISS

Swiss ialah kain kapas halus, jarang yang pertama

kali dibuat di Switzerland. Fabrik ini juga boleh jadi

campuran serat kapas dengan serat sintetik. Swiss

boleh jadi kosong atau bercorak atau mungkin

mempunyai titik-titik yang ditenun atau ditampal. Ia

boleh diproses supaya tetap keras selepas dibasuh.

Swiss digunakan untuk membuat pakaian, apron

dan langsir.

UMUM 
TAFETA

Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras

yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera.

Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu

taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta

mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia

dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat

pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil

untuk membuat reben.

UMUM 
SERAT

Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian,

ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang

benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya.

Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang

daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh

dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah

unit nampak yang paling kecil daripada sebarang

keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat

dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti

permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga

menggunakan serat dalam banyak keluaran

industri, termasuk payung terjun (paracut), hos

bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa.

Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat

arteri dan tendon artifisial.

UMUM 
MESIN PENGAIT

Mesin pengait ialah alat untuk membuat fabrik

berkait. Sebagaimana mengait tangan, mesin

pengait menghasilkan fabrik dengan membentuk

gelung pada benang dan merangkaikannya antara

satu dengan yang lain dengan menggunakan jarum.

Bagaimanapun, mesin pengait menggunakan

banyak jarum dan dapat mengait daripada 100 000

jahitan hingga lebih daripada tujuh juta jahitan

dalam tempoh seminit. Mesin pengait membuat

pelbagai jenis fabrik daripada kain renda yang halus

hinggalah kepada ambal yang berat. Hasil fabrik

berkait yang lain, termasuk hosiery pelbagai jenis

pakaian yang lain, dan langsir.

UMUM 

Kembali ke atas