Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEKSTIL

Tekstil secara tradisinya bermakna kain yang

ditenun. Istilah tersebut berasal daripada perkataan

Latin texere yang bermaksud menenun . Banyak

kain masih diperbuat daripada tenunan yang

menggunakan mesin tenun. Tetapi kini, kesemua

jenis kain yang lain juga dianggap sebagai tekstil.

Ia termasuk kain yang dikait, felt, kain renda, kain

brid dan kain net. Industri tekstil juga menganggap

serat dan yarn yang digunakan untuk mengeluarkan

kain sebagai tekstil.

UMUM 
MESIN PENGAIT

Mesin pengait ialah alat untuk membuat fabrik

berkait. Sebagaimana mengait tangan, mesin

pengait menghasilkan fabrik dengan membentuk

gelung pada benang dan merangkaikannya antara

satu dengan yang lain dengan menggunakan jarum.

Bagaimanapun, mesin pengait menggunakan

banyak jarum dan dapat mengait daripada 100 000

jahitan hingga lebih daripada tujuh juta jahitan

dalam tempoh seminit. Mesin pengait membuat

pelbagai jenis fabrik daripada kain renda yang halus

hinggalah kepada ambal yang berat. Hasil fabrik

berkait yang lain, termasuk hosiery pelbagai jenis

pakaian yang lain, dan langsir.

UMUM 
PAKAIAN PERKAHWINAN

PAKAIAN PERKAHWINAN, pakaian yang dipakai oleh pengantin di majlis perkahwinan. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain songket, broked atau kain renda yang bermutu tinggi.

BUDAYAPakaian
RENDA

Renda ialah fabrik hiasan yang terdiri daripada

corak benang berupa kain net yang terbuka. Renda

yang paling halus diperbuat daripada benang

linen, tetapi kapas, sutera, bulu bebiri, serat

buatan, malah benang emas dan perak juga turut

digunakan. Reka bentuk pada kebanyakan jenis

renda, terdiri daripada corak bunga atau daun.

Reka bentuk yang lain mempunyai corak haiwan,

bentuk manusia dan benda-benda seperti tiang

dan skrol. Kebanyakan renda digunakan untuk

menghias pakaian dan untuk membuat barang-barang

perhiasan untuk rumah dan gereja.

UMUM 
KAIN SEBAI

KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut ‘tetampan’ atau ‘selampai’ yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas.

BUDAYAKraf Tangan
SAPU TANGAN

Sapu tangan ialah sehelai kain kecil yang kita

bawa untuk mengesat muka, hidung atau mata. Ia

biasanya dibuat daripada kapas atau linen, tetapi ia

mungkin juga dibuat daripada renda atau sutera.

Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sapu

tangan pertama yang kita ketahui hari ini. Pada Zaman

Pertengahan (dari tahun 400-an hingga 1500 M.), sapu

tangan menjadi hiasan. Di Perancis pada tahun 1000-

an, orang lelaki dan wanita memakai sapu tangan

yang tergantung pada tali pinggang.

UMUM 

Kembali ke atas