Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As-salam. Yg mana satu betul, kain sampin ke kain samping?Perkataan yang betul ialah kain samping.Istilah12.07.2016
Saya ingin mendapatkan kepastian bagi perkataan kain sampin atau kain samping.Diantara dua istilah tersebut mana satu perkataan yang sebenar?Perkataan yang sebenar ialah kain samping.Lain-lain25.01.2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ejaan yang betul bagi kain yang dipakai bersama baju melayu, sampin atau samping?Salam sejahtera tuan,

Ejaan yang betul ialah SAMPING

Tuan juga boleh melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan bahasa Melayu.

Sekian.
Ejaan25.02.2020
1) Apakah perbezaan antara hingga dengan sehingga? 2) Pada minggu hadapan atau pada minggun depan? 3) Diperbuat daripada sutera atau kain sutera? 4) Apakah perbezaan antara kata hubung gabungan dan dengan manakala? Terima Kasih !
1. "Hingga" dan  "Sehingga" - Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat, manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.

2. Cadangan penggunaan yang betul ialah "Diperbuat daripada sutera".

3. Kata "dan" merupakan kata hubung gabungan yang berfungsi menggabungkan dua ayat yang setara, iaitu kedua-dua ayat merupakan ayat utama.  Kata hubung "dan" tidak boleh berada di pangkal ayat. Pada kelazimannya, kata hubung "dan" diletakkan pada pertengahan ayat kerana fungsinya sebagai penyambung wacana.

"Manakala" merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Manakala"  boleh digunakan pada permulaan ayat dengan syarat ada kesinambungan wacana dengan ayat yang sebelumnya. Sehubungan dengan itu, perlu diletakkan di tengah-tengah ayat. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.”
Tatabahasa22.01.2022

Kembali ke atas