Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKAIAN PUTERI PERAK

PAKAIAN PUTERI PERAK, pakaian tradisi negeri Perak yang mengandungi baju, seluar panjang, kain samping dan selendang.  Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu.  Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi warna yang berlainan.

BUDAYAPakaian
IKAT PINGGANG

IKAT PINGGANG, kain panjang yang dililit pada pinggang lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan kedudukan samping atau sarung. Ikat pinggang juga disebut ‘bengkung’.

            Ikat pinggang yang dipakai di atas samping berfungsi sebagai penggalas keris atau senjata lain. Ikat pinggang yang panjang yang dililit beberapa kali di pinggang boleh melindungi pemakainya daripada tercedera semasa bertikam.

BUDAYAArtifak/Mentifak
ABU TAMAM

Abu Tamam (190 H.?–231 H.?/806 M.?–846 M.?),

penyair yang terkemuka pada zaman kerajaan

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Habib ibn ‘Aws al-

Ta’iy. Dikatakan bahawa bapanya bernama Tadarrus

yang dahulunya seorang Nasrani. Setelah memeluk

Islam, dia menukarkan namanya kepada Aws serta

hidup dalam Kabilah Tayy’. Sebenarnya, Abu Tamam

berasal daripada keturunan Arab. Dia lahir di Jasim,

iaitu salah sebuah perkampungan Hauran di Syam

yang terletak kira-kira 40 kilometer di selatan

Damsyik. Terdapat perselisihan pendapat tentang

tarikh lahirnya. Ada pendapat mengatakan bahawa

dia lahir pada 172 H. atau pada tahun 190 H. Begitu

juga terdapat pertentangan pendapat tentang tarikh

kematian, iaitu antara 228 H. dengan 231 H. Dia

dibesarkan di Syam dalam kehidupan yang miskin.

Dia bekerja sebagai penenun kain di Damsyik.

Kemudian dia berpindah ke Hims dan seterusnya

mengembara ke Mesir. Di sana, dia bekerja sebagai

pemberi minuman kepada orang ramai di Jami’ ‘Amr

ibn al-‘As. Dia sering kali menghadiri majlis sastera

dan ilmu. Pada zamannya, Abu Tamam mempelajari

ilmu-ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu yang

diterjemah dalam bahasa Arab seperti ilmu mantik,

falsafah dan kata-kata hikmah. Dia memiliki

kecerdikan dan ingatan yang kuat di samping idea

yang bernas. Dia meninggal dunia di Mosul, Iraq.

UMUM 

Kembali ke atas