Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain yg dijahitkan (dican­tumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain panjang yg hujung dan pangkalnya dijahit ber­sambung (dipakai utk menutup ba­hagian badan dr pinggang hingga ke kaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Izinkan saya bertanya, apakah kegunaan yang betul untuk perkataan kain sarung atau kain sarong? Adakah saya patut guna kain sarung atau kain sarong dalam ayat yang penuh? Bolehkah tuan/puan memberi tunjuk ajar untuk penggunaan yang lebih mendalam untuk kain sarung atau kain sarong? Terima kasih atas nasihat tuan/puan.Ejaan yang betul ialah kain sarungEjaan20.05.2021
Salam sejahtera Tuan, izinkan saya bertanya, adakah penggunaan kain "sarung" betul ataupun kain "sarong"? Yang manakah perkataan yang betul?Perkataan yang betul ialah "kain sarung".Makna29.06.2022
1. "Kepala" seluar itu telah koyak. Penggunaan "kepala" dalam ayat ini betul ? Atau ialah Bahagian atas seluar? 2. Hei , jangan bermain dengan mancis! Penggunaan kata seru " Hei " dalam ayat ini betul ? Terima kasih.

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan perkataan kepala pada pakaian selalunya merujuk kain (sarung), Oleh itu, dicadangkan penggunaan untuk seluar ialah bahagian atas seluar.

2. Hei bukan kata seru. Ayat ini merupakan ayat larangan yang menggunakan kata larangan jangan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu . 

Tatabahasa28.06.2010
Salam, saya ingin bertanya. Yang manakah ejaan yang betul antara 'kain pelekat' dengan 'kain pelikat'? Dalam kamus memang ejaan 'kain pelekat' tetapi apabila saya google dalam Internet dan berdasarkan percakapan harian, ejaan yang biasanya digunakan ialah 'kain pelikat'. Jadi, yang manakah betul?Istilah yang betul ialah "Kain Pelekat". Kain pelekat ialah kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya. Kain pelekat biasanya dipakai oleh orang lelaki.Ejaan09.05.2013
1. Apakah definisi polisemi dan homonimi?Bagaimana hendak membezakan keduanya? 2. Apakah definisi sinonim?Berikan contoh kata sinonim yang bukan sinonim dan apakah maksudnya?

Polisemi ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh perkataan ialah kepala yang boleh merujuk kepada orang, ketua samseng dan kepala kain sarung. Manakala makna homonimi pula ialah penggunaan sesuatu nama yang sebelum itu pernah digunakan dalam pengelasan, dan oleh yang demikian tidak sesuai digunakan.

Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas.

 

Makna12.05.2009
apakah perbezaan ketara antara homonim dengan polisemi kerana satu perkataan itu mempunyai banyak makna ?

Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannnya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contoh: 1. perak (logam) : perak (terpinga-pinga)  

2. semak (kaji) : semak (kusut)

Polisemi ialah kata yang mempunyai banyak makna (yang berbeza-beza) tetapi berkaitan, menurut konteks penggunaannya. Contoh:

1. kepala (orang)  : kepala (kumpulan samseng) : kepada (kain sarung

Istilah07.04.2009
sinonim yang bukan sinonim dalam bahasa melayu: pengaruh situasi penggunaan dan amalan kebudayaan masyarakat penuturnya? polisemi dan homonimi dalam bahasa melayu: perkaitan makna yang sering mengelirukan pengguna bahasa?

Pertanyaan saudara ini memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana pusat sumber untuk membuat rujukan. Untuk makluman saudara, sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Penggunaan  perkataan yang sinonim adalah mengikut kesesuaian dan saling berganti.

Polisemi sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh: kepala (orang) : kepala (kumpulan samseng) : kepala (kain sarung)

Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannya tetapi mempunyai makna yang ebrbeza. Contoh: semak (kaji) : semak (kusut)

Tatabahasa09.04.2009
Pilih ayat yang betul A. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna- warni. B Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari.Kedua-dua ayat tersebut betul.
1. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna-warni.
2. Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari.
Tatabahasa04.06.2018
Selamat pagi, Saya ingin menanya bahawa perbezaan antara "berenda" dengan "beropol".Adakah perkataan "beropol" sesuai digunakan semasa menggambarkan hasil karya kain yang menpunyai renda di tepi? Seperti sarung bantal beropol. Sekian terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ropol bermaksud kelim yang berkedut-kedut (pada bantal, baju, dll); manakala renda sejenis kerawang yang biasa dipasang di tepi baju (bantal dll).Tatabahasa02.10.2013
Adakah perkataan kaus ada dalam penggunaan bahasa melayu? Kaus itu merujuk kepada penggunaan bahasa sehari- hari atau rasmi?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kaus merupakan perkataan sastera lama bagi perkataan kasut, sepatu: ini surat dari bawah ~ Raja Langit datang kepada Raja Melaka; 2. = ~ kaki stoking; ~ tangan sarung tangan; 3. kain tipis (yang jarang-jarang tenunannya); baju ~ baju daripada kain yang jarang-jarang tenunannya; ~ lampu sejenis kain kasa yang dipasang di atas nyala lampu gasolin; ~ pendek baju kaus yang pendek lengannya.Tatabahasa05.10.2014

Kembali ke atas