Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUTERA

Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat

(bahan seperti benang) yang digunakan untuk

membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan

semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain.

Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut

sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan

daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat

sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah

dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi

sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain

secara ekonomi.

UMUM 
KAIN SEBAI

KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut ‘tetampan’ atau ‘selampai’ yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN ANTELAS

KAIN ANTELAS, kain yang berkilauan hasil daripada hiasan bahan-bahan logam yang berkilat. Dalam budaya Melayu tradisi, kain antelas selalu dihubungkan dengan kelengkapan pakaian yang indah-indah seperti ‘kain sutera atau satin berkilat-kilat’ dan kain ‘berpanca logam’.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN SAYAP PEKAKAKAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja.BUDAYAKraf Tangan
KAIN PELANGI

KAIN PELANGI, kain yang ragam hiasnya dibuat dengan teknik ikat celup. Perkataan ‘pelangi’ merujuk teknik menghias permukaan kain berwarna natar. Kain yang sesuai digunakan untuk membuat kain pelangi ialah sutera creape dan kapas. Teknik ini dikatakan berasal dari India, China, Jepun, Jawa dan Bali walaupun cebisan kain pelangi terawal telah dijumpai di Peru. Teknik resis digunakan untuk membentuk ragam hias warna-warni seperti pelangi.

BUDAYAKraf Tangan
SERGE

Serge ialah sejenis kain yang biasanya diperbuat

daripada bulu bebiri, rayon, kapas, atau sutera. Ia

mempunyai tenun twil, yang kelihatan sebagai rib

serong atau rib miring pada permukaan kain.

Serge worsted digunakan untuk membuat

pakaian, sut, kot, dan kep. Serge sutera banyak

digunakan untuk lapik.

UMUM 
KAIN BUGIS

KAIN BUGIS, kain tenunan berasal dari Sulawesi. Kain bugis diperbuat daripada tenunan benang sutera atau benang kapas halus dengan menggunakan kek sadang belakang dan ditenun oleh kaum wanita Makasar dan Bugis sebagai punca pendapatan keluarga. Kain bugis telah menjadi industri kampung menggunakan kek lantai dan torak terbang. Oleh itu, kain bugis yang asli biasanya berkampuh dua manakala kain bugis masa kini tidak berkampuh.

BUDAYAKraf Tangan
KASA

Kasa ialah kain yang nipis, terbuka yang dibuat

daripada kapas, sutera, rayon, atau serat sintetik.

Kasa (Gauze) mungkin mendapat namanya daripada

bandar purba, Gaza, di Palestin, tempat jenis kain

ini pertama kali dibuat.

UMUM 
BALDU DEWANGGA

BALDU DEWANGGA, sejenis kain yang berasal dari India, Arab, Parsi dan China. Kain dewangga bererti kain yang indah untuk menutupi anggota badan dipakai oleh golongan bangsawan. Istilah dewangga umumnya merujuk kepada sejenis kain yang bercorak indah (biru atau kuning di atas kain natar merah). Dengan penggunaan bahan tertentu disebut lengkap sebagai sutera dewangga atau baldu dewangga. Kain ini juga dikenal sebagai ainulbanat atau kamkha. Misalnya pada abad ke-14, China pernah mengirim bingkisan ke Melaka iaitu sutera benang emas kamkha dewangga, yang bererti kain daripada benang sutera yang dihias dengan sulaman benang.

BUDAYAKonsep
TAFETA

Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras

yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera.

Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu

taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta

mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia

dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat

pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil

untuk membuat reben.

UMUM 
12

Kembali ke atas