Pantun

PantunSumberTema
Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kain sutera kain kapas, Kain bertabur mawar merah; Dalam hati haran tak lepas, Tunggul dipandang terbayang wajah.Pantun Melayu SarawakKasih
Kain sutera tenunan Cik Esah, Pakai pula budak seberang; Dari berdua baik tak usah, Biarlah tentu saya seorang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kain sutera di dalam raga, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak boleh lupa, Lupa sekejap di dalam tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Siap menyulam kain sutera, Kembang bunga rasanya kelat; Setiap warga sayangkan bendera, Kambang bangsa Negara berdaulat.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Baju merah kain sutera, Dipakai oleh anak dara; Saya di sini tertanya-tanya, Mengapa tuan tak hantar berita.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
123

Kembali ke atas