Kurik Kundi Merah Saga | Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang. |

Kurik Kundi Merah Saga | Kain sutera tenunan Cik Esah, Pakai pula budak seberang; Dari berdua baik tak usah, Biarlah tentu saya seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain sutera di dalam raga, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak boleh lupa, Lupa sekejap di dalam tidur. |

Kurik Kundi Merah Saga | Baju merah kain sutera, Dipakai oleh anak dara; Saya di sini tertanya-tanya, Mengapa tuan tak hantar berita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang. |

Kurik Kundi Merah Saga | Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang. |