Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARTAN

Tartan ialah kain corak berpetak, plaid yang

terdapat terutamanya di Scotland. Reka bentuknya

mengandungi jalur yang pelbagai lebar dan warna.

Jalur ini bersilang pada sudut tegak, dengan latar

belakang yang mempunyai satu warna. Puak utama

di Scotland mempunyai tartan mereka sendiri.

Regimen Scotland juga menggunakan tartan. Di

negara selain Scotland, perkataan tartan juga

bermaksud kain atau pakaian yang mempunyai

reka bentuk tartan.

UMUM 

Kembali ke atas