Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tarum Ibsejenis tumbuhan renek. Daripada tumbuhan ini terdapat bahan pewarna hitam yang boleh digunakan dalam proses mewarna kain tenun.Kalau tidak keluar barulah menyulitkan. Cuba tumbukkan daun tarum bercampur dengan ubi kayu yang sudah diparut untuk saya. Selepas itu barulah saya melakukan upacara pelian,? kata Manang Gambi.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pampai Ibsejenis kain selindang yang diperbuat daripada kain tenun.Perhiasan enyawir tersirat rapat tiada jurang. Pampai amat sesuai berjuntaian ke arah belakang. Sumping telinga tergantung-gantung bercahaya terang. (hlm. 45)Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belantan Ibsejenis kain tenun.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
labung Ibkain tenun untuk melilit kepala lelaki semasa menghadiri keramaian atau perayaan.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kain kebat Ibsejenis kain yang dihasilkan melalui teknik ikat.“Apa yang kauberi saya terima sajalah, kerana kami ini dalam keadaan yang sangat susah.” Indai Jebua lalu memberinya kain kebat iaitu kain tenun yang baik, diberinya juga baju yang cantik dan barang lain yang cantik-cantik.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas