Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kai.tan] | کاءيتن

Definisi : 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hu­bungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kai.tan] | کاءيتن

Definisi : 1 sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2 sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaitan

Peribahasa

Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan,
     rasa kendur ditegangkan.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kaitan semiotik dalam kaedah verbal dan non verbal?

Saudara Liana,

Untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan seperti ini, saudara perlu membuat rujukan dan penyelidikan di perpustakaan atau merujuk makalah ilmiah yang disiarkan dalam akhbar,majalah  atau jurnal berkaitan.

Lain-lain06.08.2009
definasi qrganisasi kaitan dengan sumber manusiaOrganisasi ialah kesatuan (susunan dll) yang terdiri daripada bahagian (orang dll) dalam sesebuah pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan  bersama dsb); pertubuhan. Kaitan dengan sumber manusia  adalah dari segi  perancangan, keperluan, sumbangan dan objektif yang hendak dicapai. Misalnya, adakah pengambilan staf baru akan melonjakkan pencapaian prestasi organisasi atau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.Makna28.06.2008
salam......apakah maksud novel dan filem...... banyak novel yang diadaptasi ke filem, apa kaitan/hubungan novel dan filem....terima kasihNovel ialah cerita rekaan (cereka) yang dipaparkan melalui perkataan sementara filem adalah cereka yang dipaparkan melalui audio visual (alat pandang dengar). Kaitan /hubungan novel dan filem ialah kedua-duanya adalah alat penceritaan suatu peristiwa atau kisah atau cerita cuma mediumnya berbeza iaitu novel melalui perkataan/bahasa dan filem melalui alat pandang dengar.Lain-lain11.08.2008
Saya ingin mengetahui tentang apakah yang dimaksudkan dengan taboo dalam bahasa melayu?Adakah ia mempunyai kaitan dengan penggunaan bahasa kasar dan bahasa halus dalam bahasa melayu?Adakah ia juga berkaitan dengan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat?Apakah yang dimaksudkan dengan sosiolinguistik?Taboo dalam bahasa Melayu bermaksud pantang larang (kepercayaan) dan tiada kaitan ddn bahasa halus atau kasar. Sosiolinguistik ialah kajian bahasa dlm hubungannya dgn struktur dan sikap masyarakat.Makna19.07.2007
Salam sejahtera: 1. Kamus Dewan (ed.4) mendefinisikan 'relevan' sbg: ada kaitan/hubungannya dgn apa yg dibicarakan, dgn apa yg sdg berlaku, dsb. Walau bagaimanapun, maksud 'penting' tidak terdapat dalam definisi di atas. Bolehkah saya simpulkan 'penting' tidak termasuk sebagai salah s atu definisi bagi perkataan 'relevan'? 2. Bagaimana pula dengan definisi dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang memberikan salah satu definisi untuk 'irrelevant' ialah 'tidak penting' (selain 'tidak berkaitan', 'tidak bersangkutan', dsb). 3. Apakah sinonim untuk perkataan 'relevan' dlm ayat di bawah? 'Penting' atau 'berkaitan/bersangkut paut/dsb''? Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini sejak 650 tahun dahulu masih relevan untuk diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini. (Utusan, 9/01/2010, Adat Pepatih masih relevan diamalkan) Terima kasih.

Puan Jeannet,

Makna 'relevan' ialah  berkaitan, berhubungan: documents ~ to the case, dokumen yg berkaitan dgn kes itu; a highly ~ suggestion, cadangan yg sangat berkaitan.  Kamus Inggeris Melayu Dewan.

  • (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib. Kamus Dewan Edisi Keempat. 
  • Walau bagaimanapun, padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam ayat. Oleh itu, dalam teks yang dikemukakan perkataan ini boleh bermaksud penting atau berkaitan.

    Makna18.01.2010
    dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial.Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan.Istilah01.11.2012
    Mohon maaf jika tidak ada kaitan dengan bahasa. Saya ingin bertanya mengenai protokol majlis. Di sekolah ketika perhimpunan, pihak yang paling kanan/besar ialah Pengetua. Ada pihak yang menyatakan bahawa untuk Pengetua disebut Yang Berbahagia, sedangkan biasanya kami mengucapkan Yang Berusaha. Dapatkah perkara ini dijelaskan?

    Kedua-dua ungkapan rujukan kehormat ini boleh diguna pakai untuk tuan pengetua sekolah. Sila rujuk buku Bahasa Kita, pengarang: Ismail Dahaman untuk maklumat lanjut. 

    Istilah26.11.2009
    Saya perlukan definisi PENYAYANG yang ada kaitan dengan individu, masyarakat dan organisasiPenyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain,pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan. Setiap individu, anggota masyarakat dan organisasi memiliki sifat ini yang dapat membantu mwewujudkan antara lain keharmonian dalam sesuatu hubungan.  Makna19.03.2008
    Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujurAntara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my .Lain-lain01.10.2006
    Mohon sediakan terjemahan untuk istilah sealing (tiada kaitan dengan singa laut) dalam Bahasa Malaysia. Penterjemah gunakan istilah 'pemertaian' yang tidak wujud dalam PRPM. Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.
    Menurut data kami, padanan bagi 'sealing' ialah pematerian dan adangan. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada konteks ayat yang ingin disampaikan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sealing&d=129316&.
    Lain-lain04.12.2017
    123456

    Kembali ke atas