Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kai.tan] | کاءيتن

Definisi : 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hu­bungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kai.tan] | کاءيتن

Definisi : 1 sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2 sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaitan

Peribahasa

Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan,
     rasa kendur ditegangkan.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kaitan sastera dan ilmu bahasaDarma MohamadBerita Harian25.01.1983
Kaitan puisi dan muzikSalbiah AniBerita Harian16.01.1996
Kaitan fikiran dan emosiAinon MohdUtusan Malaysia02.01.1998
Kaitan bahasa ibunda dengan identiti dijelasTiadaBerita Harian (Singapura)23.04.1982
Kaitan falsafah dalam sastera MelayuIdris ZakariaBerita Harian19.10.2004
Kaitan antara istana dan budaya ilmuSaifuddin AbdullahUtusan Malaysia12.01.2005
Mendalami kaitan Islam dengan sainsMokhtar AliasBerita Minggu12.05.1996
Boria ada kaitan peristiwa KarbalaSuzan AhmadBerita Minggu02.03.2008
Amuk ada kaitan dengan maruahTiadaBacaria16.10.1991
Boria ada kaitan dengan pembunuhan KarbalaTiadaMingguan Wanita06.01.1981
123

Kembali ke atas