Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kai.tan] | کاءيتن

Definisi : 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hu­bungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kai.tan] | کاءيتن

Definisi : 1 sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2 sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaitan

Peribahasa

Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan,
     rasa kendur ditegangkan.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
graded dose-response relationkaitan dos-tindak balas ubat berperingkatPerubatanTiadaKaitan antara dos ubat dengan tindak balas atau kesannya yang boleh diukur. Kaitan ini dapat digambarkan dalam bentuk graf kesan ubat melawan dos kepekatan ubat di dalam darah. Biasanya, ubat akan menghasilkan kesan setelah mencapai dos tertentu, yang selepas kepekatan tersebut, kesan akan meningkat dengan peningkatan dos ubat sehinggalah ke satu tahap kesan maksimum. Pada tahap ini, penambahan dos tidak menambahkan kesan lagi. Kaitan ini akan memberikan maklumat tentang efikasi dan potensi ubat. Ia berguna untuk membandingkan efikasi beberapa ubat yang mempunyai tindak balas yang sama.
circular knittingkaitan lingkarKesenianTiadaKaitan dalam bentuk berlingkar oleh mesin dan biasanya dibentuk atau dipotong untuk menjadi baju panas, baju kait dan sebagainya.
circular knittingkaitan lingkarPentadbiran PerniagaanTiadaKaitan dalam bentuk berlingkar oleh mesin dan biasanya dibentuk atau dipotong untuk menjadi baju panas, baju kait dan sebagainya.
crochet workkaitan krusyePentadbiran PerniagaanTiadaKaitan yang menggunakan yarn dan jarum krusye bercangkuk sama ada dengan tangan atau mesin untuk membuat pakaian, fabrik, pita brid atau renda.
geomagnetic latitudelatitud geomagnetMeteorologiMeteorologi PerhubunganKoordinat yang digunakan dalam geomagnetisme yang mempunyai kaitan yang sama dengan khatulistiwa geomagmet seperti juga kaitan latitud geografi dengan khatulistiwa geografi.
Langmuir isothermal equationpersamaan isoterma LangmuirFizikHabaKaitan antara jumlah gas yang terjerap yang berlaku dalam satu lapisan molekul dan tekanan pada suhu tetap. Salah satu bentuk kaitan ini adalah seperti yang berikut: θ = bp/1+bp dengan θ pecahan permukaan yang ditutupi oleh gas terjerap, b pemalar, p tekanan gas. Istilah ini juga dikenali sebagai isoterma jerapan Langmuir.
relevancekaitanGeografiTiadaTiada
relevancekaitanPerpustakaanTiadaTiada
circumstantialitykaitan lemahPerubatanTiadaGangguan dalam aliran pemikiran dengan perbualan pesakit dicirikan oleh banyak perincian yang remeh-temeh.
imputationkaitan; taksiranSosiologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas