Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pengkajian gejala-gejala dan per­gerakan udara, terutama utk meramalkan cua­ca, meteorologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ilmu ttg pergerakan dan perubahan udara terutama utk meramalkan cuaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AITKEN, JOHN

Aitken, John (1839–1919), ahli kaji cuaca Scotland

yang mendapati bahawa wap air di atmosfera tidak

akan memeluwap untuk membentuk awan kecuali

jika terdapat debu.

UMUM 
DOLDRUM

Doldrum ialah satu kawasan lingkaran yang

tenang, berangin lembut ataupun berbadai di

sekitar khatulistiwa dan biasanya permukaan

lautan. Pakar kaji cuaca menamakannya sebagai

zon pertembungan antara tropika.

UMUM 
PERTUBUHAN METEOROLOGI SEDUNIA

Pertubuhan Meteorologi Sedunia ( World

Meteorological Organization [WMO]) ialah agensi

khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia menaja

program seperti Pengawasan Cuaca Sedunia bagi

pertukaran cepat tentang pemerhatian untuk

meramal cuaca. Program ini terdiri daripada

beberapa rangkaian stesen kaji cuaca di serata dunia,

satelit dan komputer, dan sistem komunikasi seluruh

dunia.

UMUM 
ABERCROMBY, RALPH

Abercromby, Ralph (1842–1897) ialah ahli kaji

cuaca British. Bersama-sama seorang ahli sains Sweden,

dia mewujudkan pengelasan awan yang diterima

pakai oleh persidangan antarabangsa mengenai

struktur awan pada tahun 1896. Abercromby juga

mengelaskan cuaca kepada empat jenis – arah

Selatan, arah Barat, arah Utara dan arah Timur. Setiap

pengelasan ini berkaitan dengan ciri-ciri cuaca di

Kepulauan Britain (British).

UMUM 
ALMANAK

Almanak ialah sebuah buku atau risalah, lazimnya

terbit setahun sekali. Buku atau risalah ini

mengandungi pelbagai jenis maklumat. Sebuah

almanak biasanya mempunyai takwim, tarikh dan

peristiwa ulung, pergerakan bintang-bintang, dan

fakta mengenai kerajaan, sejarah, geografi, dan kaji

cuaca. Ia mungkin memaparkan juga perangkaan

mengenai populasi, industri dan pengeluaran

ladang.

UMUM 

Kembali ke atas