Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kakawin;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kakawinkakawinKesusasteraanTiadaVersi puitis epik India yang terdapat di Jawa. Kakawin merupakan bentuk puisi Jawa Kuno. Kakawin disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno dengan bentuknya mirip dengan puisi Sanskrit, iaitu kavya. Berdasarkan kaedah penciptaan kavya, kakawin memperlihatkan ciri-ciri seperti sebuah bait yang terdiri daripada empat baris. Setiap baris mempunyai jumlah suku kata yang sama dan disusun mengikut pola metrum yang sama. Kakawin juga mengandungi beberapa bait yang berturut-turut menggunakan metrum yang sama. Pola metrum kakawin disebut sebagai tembang gede (metrum besar), iaitu metrum yang dipengaruhi oleh prosodi India. Puisi kakawin yang asli ialah puisi yang mengagungkan para dewa, tuhan, dan para wira epik Hindu. Penciptaannya dikaitkan dengan proses meditasi para Kawi untuk mencapai tahap pencerahan kerohanian yang dikenali sebagai mokhsa. Kakawin terawal dan terkenal ialah Kakawin Arjuna Wiwaha yang menceritakan pemilikan senjata sakti oleh Arjuna untuk melawan raksasa. Kakawin lain yang berasaskan epik India ialah Bharatayuddha dan Ramayana yang menjadi repertoir utama untuk wayang purba. Kakawin Jawa yang berlatarkan tema setempat ialah Negarakertagama yang dikarang oleh pujangga Prapanca. Kakawin Jawa dianggap lari (berbeza) daripada konvensi kakawin yang asal kerana karya ini menyanjung pencapaian dan kegemilangan kerajaan Majapahit pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk. Pada zaman moden, penyair Rendra telah memanfaatkan unsur kakawin ini dalam puisinya �Kakawin Kawin�.
kakawinkakawinKesusasteraanPuisiPuisi yang berkembang dalam kesusasteraan Jawa Klasik . Bentuk irama kakawin dalam kesusasteraan Jawa ini jelas mendapat pengaruh daripada Asia Tengah (India) dan ditulis dalam bentuk tulisan (bahasa) kawi, iaitu bahasa Jawa Kuno yang sering dipakai dalam penciptaan hasil kesusasteraan. Contohnya, Kakawin Ramayana.
kakawinkakawinKesusasteraanTiadaTiada
manggala (Jw.)manggala (Jw.)KesusasteraanTiadaBait-bait pembukaan dalam sesebuah kakawin yang mengandungi pujian dan permohonan kepada dewa serta raja agar penyair mendapat restu dalam menyelesaikan tugasnya dengan baik. Contoh: Manggala dalam Kakawin Bharata Yuddha.
bewerking Bld.saduran; olahanKesusasteraanTiadaMenyadur atau mengolah karya asing dalam bahasa setempat adakalanya lebih baik dari karya asalnya. Contoh: Kakawin Arjuna Wiwaha merupakan olahan daripada Mahabharata.
chet d'oeuvrekaryatamaKesusasteraanTiadaKarya agung yang dianggap menggambarkan peradaban sesuatu bangsa. Contoh: bangsa melayu dengan Hikayat Hang Tuah dan Jawa dengan Kakawin Negarakartagama.
metrical correctionpembetulan metrisKesusasteraanTiadaUsaha membaiki susunan rima yang terdapat di dalam puisi. Contoh: Puisi-puisi yang berasal dari India selalunya disesuaikan dengan sistem tempatan khususnya dalam kakawin.
exordiumeksordiumKesusasteraanTiadaBahagian awal teks yang memuat tentang asal mula penulisan naskhah termasuk puji-pujian kepada Tuhan, puji-pujian kepada raja dan asal usul pengarangnya. Contoh: eksordium dalam Syair Perang Makasar atau Manggala dalam Kakawin Bharatayuddha.
macapatmacapatKesusasteraanTiadaBentuk puisi jawa yang bersifat peribumi. Bentuk puisi ini muncul pada zaman awal kedatangan Islam ke Tanah Jawa. Rangkap macapat terdiri daripada empat hingga sepuluh baris dengan setiap baris mempunyai tiga hingga dua belas suku kata. Semua rima hujung baris rangkapnya terdiri daripada bunyi vokal. Macapat mempunyai meter yang dikenali sebagai �tembang cilik� atau meter kecil, berbeza dengan �tembang gede� atau meter besar. Meter besar dikhaskan untuk puisi yang dipengaruhi bentuk prosodi India seperti kakawin. Bentuk meter macapat dieprkenalkan oleh para wali untuk mencipta puisi mistik atau puisi suluk yang amat popular pada kurun ke-18 dan 19. Puisi macapat biasanya dilagukan dan setiap meternya mempunyai lagu yang tersendiri. Kebanyakan rangkap macapat dinyanyikan tanpa iringan alat bunyi-bunyian. Puisi yang menggunakan bentuk meter macapat ialah puisi Kidung Rangge Lawe. Lihat juga kakawin, kidung.
kawikawiKesusasteraanTiadaOrang yang dianugerahkan ilham, mempunyai pengetahuan, atau yang dapat meramalkan masa hadapan. Para kawi biasanya dalam kalangan guru atau rishi. Seterusnya, kawi yang lebih khusus merujuk kepada penyair, dan para kawi ini dikenali di Jawa. Kawi berasal dariapda perkataan Sanskrit kavi bermaksud �pemuisi�. Lihat juga kakawin.

Kembali ke atas