Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg meng­hubungkan dua buah rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Puisi
 

Ke kedai membeli pulut,
     Pulut dibeli di kaki lima;
Alang-alang kasih di mulut,
     Kasih di hati kami terima.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataaan kailima sepatutnya? kaki lima@kakilimaEjaan yang betul ialah kaki lima.Ejaan11.08.2007
Apakah kata ganda untuk 'kaki lima'? Adakah penggunaan 'terpenting' dalam ayat berikut salah? Mengapa? Pemakanan merupakan faktor terpenting untuk menjaga kesihatan seseorang. Adakah penggunaan 'pergaduhan' dalam ayat berikut salah? Pasangan suami isteri itu reda dengan pergaduhan itu. Adakah penggunaan 'berduaan' salah dalam ayat berikut? Duduk berduaan di tempat sunyi merupakan satu kesalahan bagi pasangan yang belum berkahwin.Kata ganda bagi kaki lima ialah kaki-kaki lima. Penggunaan "terpenting" dalam ayat tersebut betul kerana ia menunjukkan yang paling penting. Pergunaan perkataan "pergaduhan" juga betul kerana ia juga membawa maksud "perkelahian". Dalam ayat seterusnya, perkataan "berduaan" boleh digunakan kerana ia bermaksud berdua sahaja atau cuma berdua. Selain itu "berdua-duaan" juga boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa16.07.2009
Assalamualaikum. Adakah ada perbezaan antara siar kaki dan kaki lima?Siar kaki ialah istilah lama yang juga bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki.Istilah05.02.2015
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu.

2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan,  merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama.

3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini!
 

4. Betul.

5. Betul.

6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan.

7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang.
 

8. Betul.

9. Betul. 

10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu.

11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. 

Tatabahasa08.08.2013
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati.

Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina.

Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna07.07.2008
macam mana nak register lesen utk bannar gantung di kaki lima kedai?Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain29.04.2015
Maaf, saya ingin bertanya tentang ayat ini. Mereka berjalan di kaki lima makmal Sains dengan berhati-hati. Adakah betul ejaan makmal Sains tersebut? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.Menurut data kami makmal sains dieja dengan huruf kecil.Tatabahasa30.07.2020
1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu. . 2. Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan-lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. 5. Dia senyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu dengan Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan tentang khabar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepada guru pada semester baru-baru ini. 8. Semua murid-murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap agar rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang dimaktubkan". 10. Walaupun ruang udara kita tidak diancam oleh jerebu, oleh itu kesedaran yang berterusan tentang kepentingan memelihara alam sekitar perlu terus dijadikan amalan. BOLEH TUAN MENYEMAK SAMA ADA AYAT DI ATAS ADALAH BETUL1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu sedang dijalankan.
2. Walaupun tidur bertilamkan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena.
3. Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di dalam bilik mesyuarat utama.
4. Lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik belaka.
5. Dia tersenyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu.
6. Semasa bertemu Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan habar Pak Cik Salleh.
7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada penggal ini.
8. Semua murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
9. Tuanku berkata,"Beta berharap rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang termaktub".
10. Walaupun ruang udara kita tidak dicemari jerebu, amalan memelihara alam sekitar perlu diteruskan.
Tatabahasa07.05.2020
sila jelaskan makna "siarkaki" -Siar kaki ialah iatilah lama yang juga bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki. Harap maklum.Makna04.08.2008
Apa nama kedai kecil yang menjual baju spt kedai tepi jalan atau di kaki lima? bolehkah guna GERAI BAJUGerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, Gerai Baju seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2010
12

Kembali ke atas