Kaki lima tempat bersembang, Tempat orang menjual keledek; Lelaki sekarang berambut panjang, Perempuan pula berambut pendek. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Jalan-jalan di kaki lima, Bawalah pulang ikan gelama; Budi tuan sudahlah diterima, Jadikan hutang selama-lamanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Baju pendek pakaian serani, Kaki lima tempat bersembang; Sungguh pelik di hati kami, Lelaki sekarang berambut panjang. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Ke kedai membeli pulut, Pulut dibeli di kaki lima; Alang-alang kasih di mulut, Kasih di hati kami terima. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Secupak dua cupak, Empat cupak jadi segantang; Kalau tak dengar cakap mak bapak, Kaki lima badan seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |