Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kak.tus] | ککتوس

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dr famili Cacta­ceae berbatang hijau, berisi dan berduri yg biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kak.tus] | ککتوس

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg berbatang lembut, berduri dan tidak berdaun (biasanya terdapat di kawasan padang pasir atau di kawasan gurun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaktus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai perkataan "terarium" perlukan huruf pangkalnya ditulis dengan huruf besar? Sebagai contoh, Bahan-bahan Terarium Kaktus. Adakah betul ejaan perkataan tersebut? Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih.
Perkataan "terarium" tergolong dalam kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan. 
Tatabahasa05.10.2020
Assalamualaikum,sy ingin meminta kepastian tentang yang berikut.Adakah semua perkataan di bawah kata majmuk?

Kata majmuk ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu. Kata majmuk dieja terpisah kecuali kata majmuk yang sudah mantap. Kata yang bukan kata majmuk ialah pokok kaktus, Buah epal, sayur sawi, pokok ru dan telur  ayam. Sila rujuk  lampiran jawapan.




 


Tatabahasa09.07.2020
Selanat sejahtera, 1.Kami nelawat ke Ladang Teh Boh.("ladang' perlu ditulis dengan huruf besar) 2.Penulisan Cactus Valley dalam bahasa Melayu apa? Terima kasih.Cara penulisan yang betul ialah: Kami melawat ke ladang teh Boh.
Akan tetapi sekiranya Ladang Teh Boh merupakan kata nama khas bagi lokasi tersebut, ayat yang betul ialah:  Kami melawat ke Ladang Teh Boh.
 
Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk Cactus Valley ialah Lembah Kaktus.
Tatabahasa17.06.2022

Kembali ke atas