Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ku] | کاکو

Definisi : 1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur: mayat itu sudah ~; kerana sejuk, tangannya menjadi ~; mulutnya ~ ki mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata; ~ lidah ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lan­car; 2. ki tidak kemas, janggal, canggung (bkn gerak-geri dsb), tidak lancar (jalan bahasa dll), tidak hidup (lukisan dll): plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; gaya dan gerak-gerinya ~; bahasanya ~; lukisan itu ~; kekakuan perihal atau keadaan kaku, keke­juran, kecanggungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ku] | کاکو

Definisi : 1 tidak dpt dilenturkan; kejang: Kerana sejuk, kedua-dua belah tangannya menjadi ~. 2 ki tidak lancar (bkn cerita, gaya, gerak-geri dll); canggung; tidak hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaku (adjektif)
1. Bersinonim dengan kejang: kejur, tegang, keras,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan canggung, kekok, janggal.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jointsendiMekanikGunaanTitik tempat anggota-anggota struktur disambungkan. Sendi mungkin bersifat kaku atau boleh gerak. Sendi yang kaku tidak membenarkan gerakan nisbi di antara anggota-anggota yang tersambung padanya. Lihat juga kaku, kaedah sendi.
static titletajuk kakuKomunikasiKorporatJenis judul yang digunakan dalam penerbitan visual bergerak seperti video, filem, dan iklan jalanan elektronik atau multimedia. Sifat grafik judul ini dipaparkan secara statik. Tajuk kaku boleh wujud sebagai judul sesuatu karya, sari kata, atau sebagai tajuk penjelasan visual atau iklan jalanan elektronik. Contohnya, dalam penerbitan filem, sari kata yang menggunakan kaedah tajuk kaku biasanya dipamerkan secara langsung dan statik berbanding dengan pemaparan penjelasan maklumat yang selalunya bergerak dalam siaran berita. Sinonim tajuk statik.
aeroplanekapal terbangAeroangkasaTiadaSejenis pengangkutan udara kepak kaku yang berkuasa enjin dan sebagainya.,Sejenis pengangkutan udara kepak kaku yang berkuasa enjin dan sebagainya.
stiffkakuMekanikGunaan1. Tidakboleh berputar secara nisbi. Istilah ini digunakan untuk sendi yang menyambungkan dua anggota struktur dan tidak membenarkan putaran nisbi di antara anggota-anggota berkenaan apabila struktur itu ditindak oleh sebarang beban.2. Tidak boleh diubah bentuk. Bagi pegas misalnya, pegas yang kaku tidak akan memanjang di bawah tindakan daya paksi. Lihat juga kekakuan.
paralysis agitanskelumpuhan agitansPerubatanTiadaPenyakit parkinsonisme yang puncanya tidak diketahui, biasanya dialami oleh golongan tua. Penyakit ini berkembang dengan perlahan, biasanya dicirikan dengan roman muka yang kaku, tremor otot walaupun semasa rehat, gerakan voluntari yang lambat dan cara berjalan yang agak kaku.
muscle rigorkaku ototFizikTiadaTiada
stiffkukuh; kakuKejuruteraanTiadaTiada
rigidtegar; kaku (P.JAS)KimiaTiadaTiada
rigidtegar; kaku (P.JAS)PerubatanTiadaTiada
rigidtegar; kaku (P.JAS)PerhutananTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas