Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cara atau peraturan dlm pertandingan yg tidak membolehkan pihak yg kalah bertanding lagi (dlm perlawanan seterusnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Peribahasa

Punggur rebah,
     belatuk menumpang mati.

Bermaksud :

Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kalah maticara atau peraturan dlm pertandingan yg tidak membolehkan pihak yg kalah bertanding lagi (dlm perlawanan seterusnya).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pertandingan kalah matipertandingan yg me­nurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
indarusMn ayam sabungan yg kalah, luka atau mati (menjadi kepunyaan pihak yg menang); telah jadi ~ prb, Mn kalah dlm permainan (terutama permainan judi).Kamus Dewan Edisi Keempat
kalah1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg me­nurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan men­dapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau mele­bihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
kalah1 tewas dlm perlawanan, pertandingan dll; tidak menang: Pasukan hoki sekolahnya ~ dlm perlawanan itu. ~ mati cara atau peraturan dlm pertandingan yg tidak membolehkan pihak yg kalah bertanding lagi (dlm perlawanan seterusnya). 2 menanggung rugi kerana tidak menang dlm perjudian dll: Dia berjudi dan ~ lima puluh ringgit. 3 kurang drpd kepandaian atau kebolehan orang lain; tidak setanding: Kebolehannya tidak ~ apabila dibandingkan dgn kebolehan abangnya. tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menyerah atau tidak mahu menurut kemahuan orang. mengalah tidak mahu melawan atau tidak mahu menentang; tidak mahu mempertahankan pendapat dll; menyerah: Dia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi. mengalahkan melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. terkalahkan dpt dikalahkan. kekalahan keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian, askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kalah1. tewas dlm perlawanan, pertandingan dll; tidak menang:Pasukan hoki sekolahnya ~ dlm perlawanan itu. ~ mati cara atau peraturan dlm pertandingan yg tidak membolehkan pihak yg kalah bertanding lagi (dlm perlawanan seterusnya). 2. menanggung rugi kerana tidak menang dlm perjudian dll:Dia berjudi dan ~ lima puluh ringgit. 3. kurang drpd kepandaian atau kebolehan orang lain; tidak setanding:Kebolehannya tidak ~ apabila dibandingkan dgn kebolehan abangnya. tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menyerah atau tidak mahu menurut kemahuan orang. mengalah tidak mahu melawan atau tidak mahu menentang; tidak mahu mempertahankan pendapat dll; menyerah:Dia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi. mengalahkan melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. terkalahkan dpt dikalahkan. kekalahan keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka.Kamus Pelajar
menyerah1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah: jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~ kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah, orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd kehendak Raden Menteri;Kamus Dewan Edisi Keempat
tewas(téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, keku­rang­an (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi ber­guru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertem­puran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah.Kamus Dewan Edisi Keempat
tewas/téwas/ 1 tidak menang; kalah (dlm permainan dll): Pasukan sekolahnya telah ~ dlm pertandingan badminton antara sekolah-sekolah. 2 terkorban (dlm peperangan dll); mati: Askar-askar itu ~ dlm peperangan. menewaskan 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 membunuh musuh dlm peperangan dll; mematikan. ketewasan 1 keadaan atau hal tewas; kekalahan. 2 kecelakaan; bencana. 3 telah ditewaskan; kalah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serah I; berserah 1. bergantung nasib diri kpd, memulangkan nasib kpd: sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja; 2. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa spt kpd polis (orang salah dll); menyerah 1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah: jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~ kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah, orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd kehendak Raden Menteri; menyerahi memberikan (mengamanahkan) sesuatu kpd: beliau telah diserahi tugas yg serupa; menyerahkan 1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dsb) sesuatu kpd: ayahnya telah ~ wang yg diminta itu; tempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kpd sahaya; ~ kehormatan mem-biarkan diri dinodai (dicabuli); 2. mem-percayakan (kpd), mengamanahkan sesuatu (kpd): mana pekerjaan yg diserahkannya kerjakan olehmu; 3. = ~ diri menyerah diri: ia ~ dirinya kpd aku; 4. = ~ diri meng-gantungkan (mempertaruhkan) nasib dll kpd, bertawakal kpd: hendaklah engkau sangat-sangat ~ dirinya ke hadrat Allah Taala; terserah 1. diserahkan (diberikan) kpd: dan lagi ada pula kuasa yg besar ~ ke dlm tangannya; 2. bergantung kpd, terpulang kpd (pertimbangan, pemikiran, dll): bagi men-tafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kpd aliran fikiran orang yg mentafsirkan itu; serahan apa-apa yg diserahkan: anakku, aku serahkan ke dlm tanganmu, ~ yg bulat-mulat; penyerahan perbuatan menyerahkan (mem­-percayakan, mengamanahkan, dll): ke­kalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kpd British; penyerah orang atau pihak yg menyerahkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas