Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lang] | کالڠ

Definisi : gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lang] | کالڠ

Definisi : galang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas; ~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat; tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan); berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal; (mati) ~ tanah ki mati; mengalang menggalang, menjadikan ber­bantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal; mengalangkan menggalangkan, mengalas­kan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mem­pertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi; memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi; terkalang tergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (meno­lak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lang] | کالڠ

Definisi : ; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golong­an atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lang] | کالڠ

Definisi : ; ~-kabut a) kelam-kabut; b) tidak tentu fikiran (binggung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lang] | کالڠ

Definisi : ; kalangan 1 kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu; golongan; lingkungan: ~ atasan golongan orang-orang yg berpangkat tinggi; orang-orang besar. 2 lingkaran di keliling bulan, matahari dll; gelanggang. ~ ayam tempat menyabung ayam; gelanggang ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalang (kata nama)
Bersinonim dengan galang, landasan, penyangga, ganjal, penopang, penunjang;,
Kata Terbitan : kalangan,

Peribahasa

Terbalik kalang.

Bermaksud :

Pendapat yang berlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tumbuk kalangtumbuk kalangMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dihentak. Tumbuk kalang terdiri daripada sebuah lesung emping dan tiga hingga lima batang antan yang berlainan saiz. Lesung dihentak dengan antan-antan yang dipegang oleh beberapa orang pemain. Alat muzik yang menghasilkan rentak terhasil bagi mengiringi lagu vokal dimainkan oleh pesawah di Negeri Sembilan pada musim menuai. KM, tumbuk kalang dimainkan dalam pertunjukan kebudayaan, upacara menyambut tetamu atau meraikan majlis perasmian di kampung.

halo blighthawar kalangBiologiPatologiPenyakit yang menunjukkan gejala hawar yang dikelilingi oleh kalang pada beberapa tanaman, misalnya daun kekacang yang disebabkan oleh bakteria Pseudomonas syringae pv. phaseolicola.
halokalangBiologiPatologiGajala berupa lingkaran cerah, akibat klorosis yang selalunya melingkari binti nekrosis.
antan dan lesungantan dan lesungMuzikTiada

Alat muzik traditional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dihentak. Antan, iaitu dua hingga empat batang kayu dihentak secara pantas pada padi di dalam lesung yang berbentuk segi empat bujur. Aktiviti ini akan menghasilkan rentak tertentu yang diulangi secara berturut-turut. Antan dan lesung dimainkan dalam ensembel tumbuk kalang di Negeri Sembilan. Alat muzik ini juga terdapat di Sabah dan di Sarawak.


Kembali ke atas