Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.léng] | کاليڠ

Definisi : (kaléng) 1. besi tipis yg berlapis timah, tin: ~ sering digunakan utk membuat cerek dsb; surat ~ surat terbang (surat buta); 2. bekas berbentuk silinder, dibuat drpd tin utk mengisi cecair dsb, tin: makanan dlm ~; kalengan, kaleng-kalengan; makanan ~ makanan yg diawetkan dlm kaleng, makanan dlm tin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.léng] | کاليڠ

Definisi : /kaléng/ 1 besi tipis yg berlapis timah utk dibuat baldi dll; tin: Baldi itu dibuat drpd ~. 2 bekas (tempat mengisi makanan dll) yg dibuat drpd besi yg berlapis timah: ~ minyak tanah. kaleng-kalengan makanan yg diisikan dlm kaleng; makanan dlm tin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaleng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKNA PERKATAAN TONG SAMPAHSecara literal perkataan "tong " membawa maksud tempat atau bekas yang diperbuat daripada papan, kayu bulat torak bentuknya, tahang, tin , atau kaleng yang besar, manakala "sampah" ialah benda-benda yang dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll). Walau bagaimanapun, sekiranya kita melihat ungkapan ini dalam bidang teknologi maklumat (recyle bin) akan membawa maksud "tong kitaran semula".  Makna20.02.2009

Kembali ke atas