Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lian] | کالين

Definisi : 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lian] | کالين

Definisi : kamu semua; sekalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
“Sembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangkan”,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. munsyi, adakah ayat ini gramatis? pendapat saya ialah “Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi”,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. TQUngkapan "Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi" adalah gramatis namun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa07.02.2012
Jika kalian belajar bersungguh-sungguh, kalian ............ berjaya. A.boleh b. dapat C.mesti D.pasti Jawapan mana yang paling tepat?

Jawapan yang paling tepat ialah D.pasti, iaitu Jika kalian belajar bersungguh-sungguh, kali pasti berjaya.

Tatabahasa16.08.2010
Selamat petang. Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan 'kalian' di letak di depan ayat untuk menunjukkan panggilan dalam bahasa Inggeris 'everybody' seperti yang ditunjukkan di bawah. Kalian, cepat belasah mereka!Kalian bermaksud kamu semua. Kata kalian boleh diletak pada pangkal ayat tetapi lazimnya dalam bahasa percakapan atau dialog seperti dalam contoh yang diberi kata kalian digugurkan dan terus kepada arahan sahaja "cepat belasah mereka", kecuali arahan itu kepada seseorang seperti Ali/kamu, cepat belasah mereka.Tatabahasa22.06.2011
Kalian mestilah sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain, kerana hubungan adik-beradik seperti walaupun berbeza pangkat dan darjat. Apakah peribahasa yang sesuai? Bagai aur dengan tebing atau aur dicencang tiada putus?Cadangan jawapan yang sesuai ialah "Air dicencang tiada putus" yang membawa maksud dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Lain-lain07.12.2021
Bolehkah perkataan kalian digunakan dalam karangan jenis ucapan? Contohnya: Pelajar sekalian, Kalian sebagai anak harus menghormati ibu bapa dengan ...Untuk makluman, perkataan kalian boleh digunakan dalam karangan jenis ucapan.Lain-lain29.12.2015
Adakah perkataan yang mempunyai imbuhan "meN" tidak boleh diletakkan di belakang Kata ganti nama --kalian??Untuk kata kalian tidak ada kata terbitan yang lain dan contoh penggunaannya selain daripada sekalian.Tatabahasa19.09.2010
cikgu menyuruh (kami,dia,kalian)memungut sampah sebelum masuk ke dalam kelas. apa jawapan?Cikgu menyuruh kami/dia/kalian memungut sampah sebelum masuk ke dalam kelas. - ketiga-tiga perkataan kami, dia dan kalian boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. Tatabahasa31.01.2011
Assalamualaikum, Mohon penjelasan tentang penggunaan perkataan ' kita' dan 'kalian' dalam ayat-ayat di bawah: 1."Kita perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya. 2."Kalian perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya. Prsoalan saya ialah, penggunaan perkataan 'kita' dan 'kalian' dalam ayat di atas, ayat manakah yang lebih tepat dan betul. Mohon penjelasan dari pihka tuan. Terima kasih.Kata ganti nama diri kita merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar. Kalian merujuk kamu semua. Dalam ayat contoh yang diberikan, kedua-duanya betul tetapi berbeza maksud. Dalam ayat  1 ("Kita perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya), penggunaan kita turut melibatkan  Encik Mansorbersama-sama pekerjanya, manakala dalam ayat 2, ("Kalian perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya) tidak melibatkan penyertaan Encik Mansor kerana maksud kalian ialah kamu semua.Tatabahasa01.07.2010
Apakah perbezaan penggunaan dalam kata ganti nama diri `kamu' dan `kalian'?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'kamu' bermaksud kata ganti diri kedua (orang yang menjadi lawan bercakap), awak, engkau. Kalian bermaksud awak semua atau kamu semua. Walau bagaimanapun, kalian merupakan bahasa percakapan dan perkataan yang betul ialah sekalian.Makna08.02.2012
Assalamualaikum. Bagi penggunaan kata ganti nama diri 'kamu' dengan 'kalian', manakah penggunaan kata yang paling tepat digunakan bagi merujuk bilangan yang ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kamu juga boleh digunakan untuk ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kalian tidak komunikatif dan jarang digunakan berbanding dengan penggunaan kata ganti nama diri kamu?Kalian bermaksud kamu semua. Apabila orang yang menjadi lawan bercakap itu ramai kata ganti nama yang betul ialah kalian atau kamu semua. Kata ganti nama diri kamu digunakan bagi orang yang lawan bercakap tetapi boleh membawa maksud anda dan anda sekalian.Tatabahasa10.06.2013
12345

Kembali ke atas