Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lium] | کاليوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan utk membuat baja; ~ hidroksida sj sebatian tak organik yg sangat mengakis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lium] | کاليوم

Definisi : pepejal putih yg beracun, larut dlm air dan merupakan bahan kakisan (digunakan utk membuat sabun dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.lium] | کاليوم

Definisi : ist unsur logam berwarna putih, berkilat dan lembut yg wujud dlm bentuk garam mineral atau batu-batan. ~ hidroksida pepejal putih yg beracun, larut dlm air dan merupakan bahan kakisan (digunakan utk membuat sabun dll). ~ karbonat serbuk putih yg lembap cair, larut dlm air dan digunakan dlm baja, bahan letupan dll. ~ klorida hablur yg tidak berwarna, larut dlm air dan digunakan dlm baja, dlm ubat-ubatan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalium


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kalium sulfatpotassium sulphateGaram pepejal putih yang terhasil daripada peneutralan kalium hidroksida atau kalium karbonat dengan asid sulfurik. Formula K2SO4.Menengah Rendah
kaliumpotassiumUnsur logam yang sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan sebagai komponen utama untuk membuat baja. Simbolnya, K.Menengah Atas
alumalumGaram sulfat berganda bagi logam seperti natrium dan kalium, digunakan sebagai bahan dalam pewarna, pengeras simen, ubat, bahan kalis api dan untuk menjernihkan air. Alum dikenali juga sebagai tawas.Menengah Rendah
bateri alkalialkaline batterySel utama yang menggunakan elektrolit beralkali, biasanya kalium hidroksida, yang membekalkan beza keupayaan 1. 5V.Menengah Atas
makronutrienmacronutrientNutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dalam jumlah yang banyak. Terdapat sembilan makronutrien, iaitu kalsium, magnesium, kalium, karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur dan fosforus.Menengah Atas
logam alkalialkaline metalUnsur logam yang tergolong dalam kumpulan 1 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada barilium, magnesium, kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih-perak, merupakan logam elektropositif, bertindak cergas dengan air dan sangat reaktif.Menengah Atas

Kembali ke atas