Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kal.sium] | کلسيوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg lembut dan putih; ~ hidroksida sebatian tak organik berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat simen, bahan turap, dll, kapur, kapur mati, kapur kaustik; ~ klorida sebatian tak organik berbentuk hablur putih (digunakan utk menge­ringkan benda-benda, dll); ~ oksida sebatian tak organik berbentuk pepejal putih, yg di­gunakan utk membuat racun serangga, racun kulat, agen pengering, dll, kapur tohor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kal.sium] | کلسيوم

Definisi : ist unsur logam yg lembut, putih dan merupakan zat makanan atau bahan asas sebatian yg sangat penting utk kehidupan (terdapat dlm tulang, gigi dan membentuk sebahagian drpd kapur, batu kapur dan marmar). ~ hidroksida hablur putih yg agak larut dlm air dan digunakan dlm pembuatan simen, garam kalsium dll. ~ karbonat serbuk putih yg digunakan dlm pembuatan cat, tayar (getah) dll. ~ klorida serbuk putih yg lembap cair dan digunakan utk mengeringkan benda-benda dll. ~ oksida kapur tohor. ~ sianida serbuk putih (dlm bentuk tulen) dan digunakan utk membuat racun serangga atau racun haiwan perosak (tikus dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalsium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KALSIUM KARBONAT

Kalsium karbonat ialah mineral berhablur,

berwarna putih. Formula kimia kalsium karbonat

ialah CaCO3.

UMUM 
KALSIUM KARBIDA

Kalsium karbida ialah sebatian berhablur,

keras, rapuh yang terdiri daripada kalsium dan

karbon.

UMUM 
PENGHALANG SALURAN-KALSIUM UMUM 
KALSIUM

Kalsium, unsur kimia, ialah logam yang lembut,

putih keperakan yang paling banyak didapati dalam

batu-batan seperti kapur, batu kapur, dan marmar.

Simbol kimianya ialah Ca.

UMUM 
ANGIOPLASTI

Angioplasti ialah  teknik membuka arteri

yang tersumbat oleh mendapan kolesterol,

kalsium, dan bahan-bahan lain. Mendapan

sedemikian dinamakan plak .

UMUM 
KALSIT

Kalsit adalah satu daripada mineral yang paling

banyak didapati di bumi. Ia adalah bentuk kalsium

karbonat yang paling stabil. Formula kimianya ialah

CaCO3.

UMUM 
KACANG LIMA

Kacang lima ialah kacang yang paling berkhasiat

dalam famili kacang pis. Ia mengandungi protein

yang tinggi dan kaya dengan zat besi, kalsium dan

vitamin.

UMUM 
DOLOMIT

Dolomit ialah mineral yang menjadi sumber

utama magnesium yang diperoleh daripada

kerak bumi. Dolomit agak keras dan rapuh, dan

terdiri daripada kalsium karbonat dan magnesium

karbonat. Formula kimia dolomit ialah CaMg (CO3)2 .

UMUM 
AIR SADAH

Air sadah, air tanah yang mengandungi karbonat kalsium, magnesium dan mungkin juga ferum dalam bentuk larutan yang menyebabkan air sukar berbuih apabila dimasukkan sabun.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
SANGA

Sanga ialah bahan bukan logam-logam yang

dikeluarkan semasa proses membuat besi

jongkong, melebur tembaga, plumbum, dan logam-

logam lain. Sanga dari relau bagas keluli

mengandungi sulfur dan silikat kalsium,

magnesium, dan aluminium. Sanga dari relau

tembaga dan relau melebur plumbum

mengandungi besi silikat, dan oksida logam lain

dalam kuantiti yang kecil. Sanga dari relau keluli

mengandungi kapur, besi oksida, dan silika.

Biasanya, bahan ini dilebur sekali lagi untuk

mendapatkan besi. Sanga kadangkala digunakan

untuk membuat simen dan jalan raya.

UMUM 
123

Kembali ke atas