Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kal.sium] | کلسيوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg lembut dan putih; ~ hidroksida sebatian tak organik berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat simen, bahan turap, dll, kapur, kapur mati, kapur kaustik; ~ klorida sebatian tak organik berbentuk hablur putih (digunakan utk menge­ringkan benda-benda, dll); ~ oksida sebatian tak organik berbentuk pepejal putih, yg di­gunakan utk membuat racun serangga, racun kulat, agen pengering, dll, kapur tohor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kal.sium] | کلسيوم

Definisi : ist unsur logam yg lembut, putih dan merupakan zat makanan atau bahan asas sebatian yg sangat penting utk kehidupan (terdapat dlm tulang, gigi dan membentuk sebahagian drpd kapur, batu kapur dan marmar). ~ hidroksida hablur putih yg agak larut dlm air dan digunakan dlm pembuatan simen, garam kalsium dll. ~ karbonat serbuk putih yg digunakan dlm pembuatan cat, tayar (getah) dll. ~ klorida serbuk putih yg lembap cair dan digunakan utk mengeringkan benda-benda dll. ~ oksida kapur tohor. ~ sianida serbuk putih (dlm bentuk tulen) dan digunakan utk membuat racun serangga atau racun haiwan perosak (tikus dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalsium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calsium-treated muddlumpur terawat kalsiumKejuruteraanPetroleumLumpur penggerudian yang ditambah dengan sejumlah sebatian garam kalsium kalsium dengan tujuan mendapatkan sifat-sifat tertentu. kadang kala bahan kalsium ini mungkin berasal dari dalam formasi yang digerudi.
bleaching powderserbuk pelunturKimiaTiadaCampuran kalsium hipoklorit, kalsium klorida dan kalsium hidroksida yang diperoleh daripada tindak balas klorin ke atas kapur mati. bahan ini bertindak dengan asid cair lalu menghasilkan klorin. Serbuk peluntur ini digunakan sebagai agen peluntur dan ubat pembasmi kuman.
calcium oxidekalsium oksidaKimiaTiadaSebatian tak oraganik, formula CaO, takat lebur 2570oC, takat didih 2850oC, wujud dalam bentuk pepejal berwarna putih, larut di dalam asid dan bertindak balas dengan air untuk membentuk kalsium hidroksida. Kalsium oksida disediakan secara pemanasan kalsium karbonat atau kalsium nitrat. Sebatian ini digunakan untuk membuat kalsium karbina, racun serangga, racun kulat, dan sebagai penyerap karbon dioksida, agen pengering dan makanan ternakan. Nama umumnya ialah kapur tohor.
calcium testujian kalsiumPerubatanTiadaUjian untuk menganggar kalsium di dalam darah. Ujian ini dilakukan dengan memendakkan kalsium darah dengan menggunakan ammonium oksalat; mendakan dilarutkan dengan asid sulfurik dan dititratkan dengan kalium permanganat; amaun kalsium permanganat menunjukkan kandungan kalsium di dalam darah. Sin: ujian Clark
calciumkalsiumKimiaTiadaUnsur logam bumi beralkali dalam kumpulan IIA (atau 2) jadual berkala, simbol Ca, nombor atom 20, berat atom 40.08, nombor pengoksidaan +2, talat lebur 845oC, takat didih 1484oC, wujud dalam bentuk logam berhablur berwarna putih perak, tertempakan, lembut, larut di dalam asid dan merupakan unsur yang sangat elektropositif. Logam ini terdapat dalam lima bentuk isotop yang stabil dan terdapat semula jadi sebagai sebatian kalsium karbonat, kalsium sulfida, kalsium fluorida dan kalsium fosfat. Kalsium diperoleh secara elektrolisis campuran lakur kalsium klorida dan kalsium fluorida dan digunakan sebagai bahan pendeoksida untuk logam, agen penurunan, agen pengering (trutama alkohol) dan bahan pengeras aloi.
calcium antagonistantagonis kalsiumPerubatanFarmakologi

Kumpulan ubat yang merencat aktiviti ion kalsium dengan menghalang saluran kalsium pada membran sel otot jantung dan otot licin lalu mengurangkan pengecutannya. Ubat ini digunakan untuk merawat penyakit angina pektoris, aritmia dan hipertensi. Antara kesan sampingannya ialah hipotensi postural, sembelit dan sakit kepala. Contoh ubat antagonis kalsium ialah Nifedipine, Diltiazem dan Verapamil.

calcareousberkapurSains MarinTiadaBerkaitan dengan bahan yang sebahagian atau keseluruhannya terdiri daripada kalsium karbonat. Kalsium karbonat ialah sebatian dengan formula kimia CaCO3. Bahan yang biasa terdapat pada batuan kalsit dan aragonit dan merupakan komponen utama bagi cangkerang organisma marin seperti siput, ketam, dan udang.
calcium borogluconatekalsium boroglukonatVeterinarPraklinikalSebatian yang mengandungi campuran kalsium glukonat dan asid borik. Kalsium boroglukonat digunakan untuk rawatan hipokalsemia akut dan kronik; demam susu klinikal dan subklinikal serta rawatan dan pencegahan kerosakan hati aruhan drug. Suntikan kalsium boroglukonat diberi secara subkutis atau intravena.
decalcifymendekalsium; menyahkapurKimiaTiadaMenyingkirkan kalsium atau sebatian kalsium daripada bahan berkalsium seperti tulang atau tanah.
permanet hard waterair liat kekalKimiaTiadaAir liat yang terbentuk kerana kehadiran kalsium sulfat dan/atau kalsium klorida, magnesium sulfat serta magnesium klorida terlarut. Air liat jenis ini tidak dapat diubah menjadi air lembut melalui pendidihan. Bagaimanapun, air ini dapat dilembutkan dengan menambahkan natrium karbonat yang dapat memendakkan kalsium karbonat.
12345678910...

Kembali ke atas