Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : benda hiasan (drpd emas, batu permata, dll) yg dipakai di leher, rantai leher; berkalung memakai kalung; mengalungkan mengenakan (menyang­kutkan) sesuatu sbg kalung pd leher: beliau dikalungkan dgn bunga malai; kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: ~ bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg tinggi), medang biawak, setebal, Alangium nobile; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), cabai hutan, Piper lanatum; akar ~ gajah (ular) sj tumbuhan (pokok memanjat), lada rimba, sirih murai, Piper ribesioides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : Tr membaling: jangan ~ anjing tu, nanti kena kejar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : barang perhiasan (biasanya drpd emas, manik dll) yg disangkutkan pd leher; rantai leher. berkalung memakai kalung. mengalungi 1 menyangkutkan atau mengenakan kalung atau sesuatu spt kalung pd; memberi berkalung: Tetamu kehormat itu dikalungi bunga. 2 melekat atau berupa spt kalung pd: Seutas rantai mutiara ~ lehernya. mengalungkan menjadikan sesuatu sbg kalung: Beliau ~ bunga malai ke leher tetamu itu. kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: Mereka meletakkan ~ bunga di Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalung (kata nama)
Bersinonim dengan rantai leher, gelonggang.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, emak membilang butir-butir dari kalung mutiara yang dibelinya. butir-butir percakapannya tidak difahamni kerana sebutannya terlalu cepat. (tuan, adakah butir-butir boleh diguinakan dalam ayat di atas? TQ)

Penggunaan butir-butir dalam ayat tersebut adalah betul. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Bolehkan diguna ayat "ucapan sekalung tahniah atau sekalung penghargaan" sedangkan kita tahu perkataan kalung itu adalah untuk benda yang dipakai di leher.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan sekalung juga membawa maksud kata kiasan deretan kata-kata, ucapan tahniah dan sebagainya yang sekadarnya.

Contoh ayat: Sekalung tahniah untuk atlet yang mengharumkan nama negara dalam sukan yang berprestij tersebut.
Makna29.08.2021
Apakah istilah ynag betul? Pengkalungan atau pengalungan? Contoh ayat: Majlis Pengalungan Manikayu Dua Butir akan diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Islam pada 24 Mac 2022Antara kata terbitan kalung termasuklah mengalungi, mengalungkan dan kalungan. Tidak ada kata pengalungan dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami ayat tersebut dibetulkan menjadi "Majlis Pemakaian Kalung Manikayu Dua Butir akan diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Islam pada 24 Mac 2022".Tatabahasa19.03.2022
Adakah istilah 'pengalungan' betul?Salam sejahtera,


Data kami menunjukkan terdapat perkataan kalung dan mengalungi sahaja. 

Tidak terdapat perkataan pengalungan dalam Kamus Dewan.

Sekian, terima kasih.
Istilah30.09.2018
Apakah penjodoh bilangan bagi gelang? utas? untai? atau yang lain. TQ

Penjodoh bilangan bagi gelang ialah utas. Seutas gelang.

Walaupun untai dan utas hampir memiliki makna yang sama, namun untai lebih sesuai digunakan pada 'rantai' atau 'kalung'. Misalnya seuntai rantai berlian.

Makna04.09.2012

Kembali ke atas