Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : benda hiasan (drpd emas, batu permata, dll) yg dipakai di leher, rantai leher; berkalung memakai kalung; mengalungkan mengenakan (menyang­kutkan) sesuatu sbg kalung pd leher: beliau dikalungkan dgn bunga malai; kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: ~ bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg tinggi), medang biawak, setebal, Alangium nobile; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), cabai hutan, Piper lanatum; akar ~ gajah (ular) sj tumbuhan (pokok memanjat), lada rimba, sirih murai, Piper ribesioides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : Tr membaling: jangan ~ anjing tu, nanti kena kejar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : barang perhiasan (biasanya drpd emas, manik dll) yg disangkutkan pd leher; rantai leher. berkalung memakai kalung. mengalungi 1 menyangkutkan atau mengenakan kalung atau sesuatu spt kalung pd; memberi berkalung: Tetamu kehormat itu dikalungi bunga. 2 melekat atau berupa spt kalung pd: Seutas rantai mutiara ~ lehernya. mengalungkan menjadikan sesuatu sbg kalung: Beliau ~ bunga malai ke leher tetamu itu. kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: Mereka meletakkan ~ bunga di Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalung (kata nama)
Bersinonim dengan rantai leher, gelonggang.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kalung (Mur.)kalung (Mur.)KesenianTiadaBakul sikut daripada rotan, beranyam jarang dan satu sisinya berbentuk lidah. Lidah berfungsi sebagai penutup ketika digunakan. Kalung digunakan untuk membawa barang keras dan tajam.
ulu kalung(Ib.)ulu kalung(Ib.)KesenianTiadaCorak ukiran berunsur haiwan berbentuk kepala yang bermata.
roti kalung(Baj., Sam.)roti kalung(Baj., Sam.)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur benda buku lima, lazimnya diukir pada hulu parang.
jeanettekalung jeanetKesenianTiadaKalung daripada anyam tocang rambut/fabrik baldu yang tirus, berloket kecil bentuk hati atau salib. Popular pada tahun 1836.
Casal necklacepenyakit kalung CasalPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
الحُلىbarang kemasAgama IslamFiqhBarang perhiasan pakaian perempuan seperti kalung, gelang, subang, cincin dan lain-lain yang diperbuat daripada emas dan perak.
binangkaak Mur.binangkaak Mur.KesenianTiadaBahagian yang berbentuk lingkaran pada rangka asas kalung atau bayo yang dibuat daripada sebatang rotan yang agak besar.
beadmanikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPerhiasan yang digunakan dalam bentuk kalung atau rantai. Pada zaman prasejarah, manik dihasilkan dengan menggunakan tulang ikan, gigi binatang dan kulit kerang. Kemudian pembuatan manik berkembang dengan menggunakan tanah liat, kaca dan batu. Antara jenis batuan terdiri daripada jasper, kuartza, kalsedoni, beril, akik merah, ametis, kristal dan jed. Antara tempat penemuan manik di Malaysia ialah di Kuala Selinsing (Perak), Lembah Bujang (Kedah), Kampung Sungai Lang dan Lembah Bernam (Selangor).
kelarai bunga rantai(Br.)kelarai bunga rantai(Br.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur benda berbentuk kalung tradisional berupa retin, lazimnya terdapat pada seraung.
beadmanikPentadbiran PerniagaanTiada2. Manik: Butur-butir kecil daripada kaca atau karang dan sebagainya, yang berlubang dan boleh dicucuk untuk dijadikan kalung, perhiasan dan lain-lain.
12

Kembali ke atas